Tuesday, April 28, 2009

TIKUS


Syahdan ini ceritera tentang tikus, di bilik hamba digigitnya pakaian hingga tembus.
Lalu hamba membeli sa-buah perangkap, mengumpan keropok keping si ikan siakap.
Maka hamba letak di tepi peti sejuk, kerna di situ selalu sang tikus menyorok-nyorok.
Besok paginya perangkap hamba sudah mengena, dua ekor skali dapat entah mana yang jantan mana yang betina.

Alohai nenek hamba pula amat benci akan sang tikus, direndamnya mereka berdua supaya mampus.Namun arakian kuasa Allah Sarwa Alam amat Bijaksana, sang tikus berenang-renang pandai pula lagaknya.

Maka hamba terasa kasihan, hajat dihati mau sahaja hamba lepaskan.
Tetapi mengenang akan pakaian hamba yang berlobang-lobang, hamba geram hamba jemur sang tikus di tengah padang.Barangkali tiada tahan akan kepanasan, sang tikus mati bergelimpangan.

Oh gerangan oh tuan
Hamba bukannya jahat cuma sedikit garang.
Sang tikus selalu mengacau-ngacau dalam almari, takkan hamba nak biar berdiam diri..

Arakian kalau tuan hamba ke jajahan Wangsa Maju, DBKL mau bayar RM2.00 untuk sa-ekor tikus wa cakap lu.
Ah! Malam ini hamba mau pasang lagi perangkap, rasanya masih banyak sanak sauudara sang tikus yang belum ditangkap.

Perang manusia sesama tikus, perang yang udah lama meletus.
Sang tikus merosakkan padi, tidakkah kasihan sama pak tani..
Perang sang tikus terhadap manusia, berkurun-kurun sudah wujudnya.
Sang tikus sebarkan wabak, manusia menderita mencari obat.

Tapikan terkadang sang tikus menjadi inspirasi, dibuat peribahasa dibuat puisi.
Umpama tikus membaiki labu, pi mai pi mai tang tu.

Sekian.






Saturday, April 11, 2009

Mitos tentang negeri dan orang Terengganu

Sewaktu hamba kenal-kenal dengan orang-orang luar (Luar Terengganu),
ada dua-tiga anggapan tidak enak tentang Terengganu yang hamba dengar.

Mungkin syahadannya mereka sekadar dengar-dengar mulut orang bercakap,
atau sememangnya betul begitu orang Terengganu sekian adab.

Antara anggapan orang luar tentang Terengganu :

1. Orang lelaki Terengganu adalah pemalas

Adohai malang! Hamba dengar ini dari orang Johor, katanya kemalasan orang terengganu memang sohor. Ada suami malas kerja, duk atas wakaf sampai malam buta, kesian bini cari rejeki merata.

2. Panggil keretapi dengan nama 'kereta lipang'

Haha...hamba ketawa. Hamba dengar ini dari seorang pensyarah, malu jugala waktu tu sebab dia khabar dalam kuliah.

3. Awek-awek Terengganu comel-comel belaka

Comel/cantik memang 'subjektif', tapi mereka kata orang Terengganu memang lawa memang attractif. Lagu Iklim pun pernah kata, 'anok-anok dara.. comey-comey blaker'..

4. Taksub kenegerian

"Mu ingak molek! Kalu juper sining parok ah mung!"

5. Loghat Terengganu hampir sama dengan Kelantan
Demo tak sama dengan mung, sir tak sama dengan tak mboh..aduhai..

Maka adakah semua anggapan di atas benar ?
(hamba dah lapar, nak pergi makan...)