This is not a funeral song
But you can cry if you want
This is not a love song either
You can laugh if that will make you feel better
This is about my life goes wrong
This is about my life goes down
When everything i have were gone..
Monday, June 29, 2009
Tuesday, June 23, 2009
Tulisan Pendek : Monolog Untuk Malaysia
Maka mulanya gempar akan ceritera komunis.
Sampai ada yang berapi-rapi nak hunus golok nak hunus keris.
Ka-mudian pula gempar ceritera Kerajaan Perpaduan.
'Berapi-api' juga di kedai kopi di warung dikomen orang.
Syahdan gempar lagi ceritera H One N One.
Import Eksport entah apa istilah hamba pun tak faham.
Akan pula lain halnya Ong Tee Keat dengan sang Lim Kit Siang.
Bertikam lidah bertegang urat riuh rendah di dalam dewan.
Akan juga pilihanraya di Dun Manek Urai
Jangan lupa nanti mengundi pada 14hb. Julai.

Wednesday, June 10, 2009
Mimpi
Adalah mimpi itu terbahagi kepada tiga bagian.
Mimpi psikologi paling selalu diceritakan.
Mimpi menakutkan adalah mainan dari syaitan.
Mimpi yang benar adalah dari Tuhan.
Adapun nak dihuraikan terlalu panjang, cukuplah mimpi yang benar sahaja hamba karangkan.
Maka mimpi yang benar mempunyai pengamatan dan selalunya ada tafsiran.
Umpama nabi Yusuf a.s bermimpikan sebelas bintang, matahari dan bulan.
Ataupun Nabi Ibrahim a.s mimpi anaknya dijadikan korban.
Ataupun Nabi Muhammad s.a.w bermimpi keluarnya dari Madinah seorang budak hitam.
Maka mimpi yang benar terkadang adalah alamat.
Umpama awan hitam alamatnya hari mau hujan lebat.
Tapi harus diingat mimpi bukanlah mesti berlaku bukan pula semestinya tepat.
Mimpi yang benar perlu dilihat perlu difirasat.
Nak dapat mimpi yang benar mestilah ada syarat.
Adapun syaratnya bukanlah ketat.
Terkadang orang jahat pun boleh dapat mimpi hidayat.
Bercakap benar dalam harian dan sentiasa menunaikan solat.
Sebelum tidur membaca doa atau selawat atau Quran beberapa ayat.
Kemudian berwuduk tidur mengadap kiblat macam orang baringkan mayat.
Adapun mimpi yang benar selalu hadir di waktu ashar atau sahur.
Lebih kurang jam 3 atau 4 pagi kalau nak ukur.
Al kisah hamba kalau bermimpi ikan, selalunya akan mendapat wang.

Wednesday, June 3, 2009
Stadium runtuh?
Adapun bumbung stadium di negeri hamba telah runtuh.
Adapun sebelumnya hamba tengok ia macam teguh dan kukuh.
Adapun katanya kontraktor Korea yang bubuh.
Adapun Korea ke, Taiwan ke, kalau dah takdir tetapkan jatuh.
Yang robohkan masjid dulu siapa, adakah tuan hamba ingat?
Siapa yang robohkan rumah rakyat ?
Nah, balasan Allah datang tak siapa dapat menyekat.
Lain kali tolong beringat, jangan menzalimi akan rakyat.
-sekian-

Subscribe to:
Posts (Atom)