Sunday, June 15, 2014

PIRING HITAM - SAXO

Okey..Piring hitam ni adalah untuk dijual dengan harga RM500.00
Yang ini versi full album-album penuh walaupun covernya macam ada tajuk lagu hits.
Sapa yang nak bleh klik kat link ini : http://www.mudah.my/Piring+hitam+rock-27905803.htm

Siapa cepat dia dapat..
hahaha

Tuesday, June 11, 2013

BERHATI_HATI KETIKA PERGI MEMANCING


Monday, May 28, 2012

XPDC Gunung Gagau : Catatan perjalanan / Trails


Sebelum grup saya melakukan XPDC Gunung Gagau pada April 2012 yang lalu, payah nak jumpa maklumat tentang  trek/laluan Gunung Gagau di internet.

Jadi, selepas balik dari XPDC tersebut saya cuba menatapkan maklumat tentang trek/laluan ke Gunung tersebut berdasarkan pengalaman saya di dalam XPDC yang lepas.Gambar di atas adalah 'roadmap'  untuk mendaki gunung Gagau.

Bermula di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, pendaki menaiki bothouse, atau boleh juga menyewa speedbot untuk menuju ke Base Camp pertama iaitu Base Camp Sungai Cicir - Tempat mula-mula untuk trekking bagi mendaki Gunung Gagau.

Perjalanan dari Pengkalan Gawi menuju ke Base Camp Sungai Cicir menggunakan boathouse/rumah bot mengambil masa antara 4-5 jam.Jika menggunakan speedbot, 2 jam masa diperlukan untuk sampai.

Di Base Camp Sungai Cicir, ada tapak perkhemahan, pondok dan sumber air - tidak menjadi masalah untuk pendaki berkhemah.


Dari base camp ini, pendaki akan memulakan trekking ke Kem A. Kem A juga disebut sebagai Kem Sungai Pak Chau.Jarak dari Base Camp Sungai Cicir ke Kem ini ialah lebih kurang 6 KM.Laluannya berbukit-bukit - mendaki dan menuruni bukit yang pelbagai darjah ketinggian ( 1 pendakian di permulaan trekking menggunakan tali dan berakhir dengan menuruni bukit yang mencanak dengan menggunakan tali). TIADA SUMBER AIR DI TEMUI DI SEPANJANG LALUAN INI.Jadi adalah dinasihatkan agar pendaki mebawa bekalan air yang secukupnya sepanjang 6 KM ini.
Laluan ini juga dipenuhi dengan lorong-lorong yang bersimpang siur dan kesan tapak/najis gajah.

Di Kem A (Kem Sungai Pak Chau), terdapat sebatang sungai yang mengalir yang dipenuhi dengan ikan-ikan tengas,daun dan kelah.Pendaki juga boleh berkhemah di sini atau meneruskan perjalanan.

Dari Kem A menuju ke Kem B pula jaraknya lebih kurang 4 atau 5 KM.Laluan ini adalah laluan yang agak landai dan tidaklah bukit.Cabaran di  sepanjang laluan ini ialah balak-balak yang terbalik yang menghalang trek.Balak-balak yang tumbang dan merintangi trek boleh menyebabkan pendaki 'keluar' dari trek dan berisiko untuk tersesat.Berhati-hati ketika mengambil lencongan dan sentiasalah mengikut arahan juru pandu.


Kem B juga disebut sebagai Kem Anak Sungai Cicir.Di Kem ini sebatang sungai mengalir dan menjadi sumber air untuk para pendaki.Pendaki juga boleh berkhemah di sini sebelum memulakan pendakian ke puncak gunung Gagau.Mengikut pengalaman saya, Kem ini bukanlah berada di kaki Gunung Gagau.Masih berbaki 2 Km lagi sebelum tiba di 'kaki' gunung tersebut.


Dari Kem B ini, kebanyakan pendaki memulakan pendakian ke puncak dengan hanya membawa sedikit bekalan makanan dan air.Laluan pendakian banyak juga yang mendaki dan menuruni bukit.Terdapat satu lagi kem sebenarnya yang berada di antara kem B dan puncak iaitu 'Kem Siam'. Kem Siam bolehlah dikatakan berada di pertengahan antara Kem B dan puncak gunung.Di kem Siam terdapat aliran anak sungai sebesar longkang, namun airnya boleh diminum walaupun ianya agak tidak jernih warnanya.Perjalanan dari Kem B menuju ke Kem Siam ini mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah.


Seterusnya pendaki meneruskan pendakian menuju puncak dan akan bertemu batu sempadan 3 negeri.Batu Sempadan ini terletak di luar trek ke puncak sebenarnya.Ia berada di laluan sebelah kanan sebelum tiba di puncak.


Secara anggarannya, perjalanan dari Kem B menuju ke puncak akan mengambil masa lebih kurang 3 jam.Di puncak gunung ini, talian telco MAXIS boleh diakses.Bolehlah membuat panggilan untuk orang tersayang dan memberitahu bahawa anda sedang di puncak setinggi 1476 meter.


Sekian,
Harap dapat memberi sedikit maklumat tentang Gunung Gagau.
















Saturday, May 12, 2012

MASOK HUTAN LAGI...


Baiklah, maka pada 11 haribulan Mei 2012 akan hamba dan saorang sahabat telah memasoki hutan.Maka tujuannya adalah untuk mencari ikan dan bukan mencari rotan lalulah 'Belukar Bukit' menjadi sasaran.

Masok ke Hutan Lipur Belukar Bukit dikena bayar, RM2.00 sabuah motokar. Ingatkan bayar-membayar hanya kejadian di bandar-bandar, rupa-rupanya di hulu-hulu ceruk pun sudah pandai tawar-menawar.

Cess sungguh cisss!
Nak masuk hutan pun ada kapitalis..


Maka sesudah sampai, berjalan kaki pula karena kereta tak boleh memasuki denai. 


Oh sungguhlah permai sungguhlah damai,
Lagak mempelai melangkah-langkah jalan yang landai.

Tiba di empangan kecil tempat pertama mengail tengas,
Tapi awas jangan sampai terjatuh nantikan nahas.

 
Airnya tenang airnya jernih lagilah sejuk menggamit kalbu,
Kelilingnya pokok tepiannya batu atasnya-lah langit membiru.


Nah ambil-lah pengajaran ucaplah syukur,
Karena ciptaan Allah s.w.t begini rupa sukar diukur.

 

Tinggal-lah barang sekejap kereta dan rumah,
Marilah turun memijak rumput memijak tanah.




 

Monday, May 7, 2012

KASET ROCK KAPAK


Banyak sungguh kaset-kaset yang masih disimpan.Player pula dah lama rosak.

Kaset mungkin akan menjadi sejarah dalam beberapa tahun lagi.Harganya mungkin akan melambung tinggi kerana akan dianggap 'rare'.

Pengumpulan kaset-kaset rock lama bukanlah asing sekarang.Gambar di atas 'mungkin' split album yang 'maha rare'.

Sesekali membelek kaset-kaset lama akan mengimbau nostalgia zaman persekolahan.Entah berapa ratus kumpulan rock di Malaysia dan Singapura yang pernah mengeluarkan album dalam bentuk kaset.

Kau ada simpan lagi tak?