Sunday, May 6, 2012

XPDC GUNUNG GAGAU

Terjadi pada 26 - 29 April 2012 yang lalu.Terletak di sempadan 3 buah negeri (Pahang, terengganu, Kelantan), Taman Negara.Masuk melalui Pengkalan Gawi, Kenyir.

15 orang peserta dan seorang guide.12 orang peserta yang menyertai XPDC ini adalah 1st timer.3 orang lagi dah pernah mendaki gunung-gunung lain seperti Kinabalu, Tebu, Stong dan lain-lain.

Aku first time.

Perjalanan yang perlu ditempuh ialah sepanjang 14.6 km.Laluan yang berbukit-bukit dan halangan-halangan semulajadi yang agak ekstrem.

Seorang peserta yang pernah mendaki Kinabalu mengakui, cabaran pendakian Gunung ini sangat mencabar fizikal dan stamina.

"Kinabalu hanya 40% daripada Gunung ni.."

Aku tak dapatlah nak mengesahkannya.Aku tak pernah naik Kinabalu.Namun harus diakui, perjalanan menuju ke puncak Gunung Gagau sangat lah mencabar. 

14.6 Km pergi dan 14.6 Km semula untuk balik pada trek yang sama adalah pengalaman yang cukup aku kecapi sekali.Orang upah RM1000 pun aku dah tak sanggup nak pergi semula.

Ada 2 kem yang akan dilalui oleh pendaki untuk ke Gunung nih iaitu Kem A (Sg. Pak Chau) dan Kem B (Anak Sg. Cicir).Start mula trekking di Base Camp Sungai Cicir.

 ( Base Camp Sungai Cicir)

Dari sini trekking akan menuju di Kem A (lebih kurang 6 km untuk sampai). 

  ( Kem A)

Dari Kem A menuju ke Kem B (4 -5 km)

 ( Kem B)

Dari Kem B menuju ke Puncak Gagau memakan masa 4 Jam mendaki.

Ada banyak lagi gambar tapi dah malas nak upload...




Saturday, March 12, 2011

Apa prinsip mu?


"..Seseorang yang beriman, semestinya membuat keputusan mengikut prinsip yang termaktub dalam al-Quran dan As-Sunnah dan bukannya mengikut prinsip majoriti dalam amalan demokrasi..mungkin kat sinilah demokrasi bertembung dengan prinsip Islam.."

Itu jawapan aku ketika Remy bertanya tentang 'bagaimana' jika PAS memerintah negara ini.

Kemudian Remy bertanya lagi, "Bagaimana pula dengan PKR kalau mereka memerintah.."

Aku bukan doktor politik.Aku juga bukan penganalisis.Aku cuma rakyat yang mengaji tak habis, kena rejek.

"..menghadapi demokrasi tulen adalah lebih 'mencabar' dan lebih 'menarik' jika dibandingkan dengan 'menghadapi parti kuku besi'..". Jawapan aku kepada dia.Harap-harap dia faham.

Remy, pekerja perabot, sangat mahir bertanya soalan-soalan 'besar'.

"Mungkin jepun kena bina banyak masjid, barulah lebih selamat..." Kata Remy.

Monday, January 24, 2011

Syiah dan Ahli SUnnah

1. Kebetulan terbaca satu artikel yang terpapar di sini (portal www.tranungkite.net) yang bertajuk "Sejarah Fitnah Dajjal Syiah dari 14H hingga 1426H".Artikel tersebut mungkin dicopy dari web lain sebab bahasa penulisannya macam bahasa indon.

2. Tak kisahlah ia dicopy ke atau tidak, artikel tersebut memuatkan beberapa 'fitnah' yang dilakukan oleh puak syiah dari kelompok Rofidhoh dari tahun 14H sampai 1426H.Ada beberapa user yang beri komen tentang artikel ini.Seorang user bernama 'fairlady' memuatkan komen berikut; "tapi masih lg yg tak nampak kebathilan syiah...bagaimana agaknya akal mereka ini.."

3. Aku cuba nak balas komen tersebut tapi kena jadi ahli portal tu dulu.Lecehlah plak,..jadi aku balas komen tersebut kat sini sajalah..

4.
Berbalik kepada komen; "tapi masih lg yg tak nampak kebathilan syiah...bagaimana agaknya akal mereka ini.." Maka aku nak tanya, "Bagaimana dengan golongan ahli sunnah wal jamaah atau sunni yang mengamalkan dan mempertahankan fahaman sekular, semangat kebangsaan dan ajaran kapitalis?"..Berlambak-lambak di pasaran.

4. Apa kurangnya fitnah golongan yang kononnya mengaku sunni tapi memberi pangkalan udara negaranya kepada musuh Islam untuk menyerang Afganistan dan Iraq.

5. Golongan sunni mana yang membantu Palestin dalam menghadapi Israel, atau, siapa yang membantu HAMAS yang sunni ketika mempertahankan Gaza? Siapa pula yang bersekongkol dengan Israel dalam menutup pintu sempadan Gaza dan menghalang bekalan ubat-ubatan dan makanan?

6. Golongan yang mengaku Sunni tapi dalam masa yang sama memisah-misahkan agama dengan politik dan beramal Islam separuh-separuh, menolak terang-terangan undang-undang jenayah hudud apa kurangnya...


Sunday, August 15, 2010

Tahniah Kelantan!


(Buku nih sanagt elok dimiliki oelh kita sebagai nak memahami sistem perbankan Islam.Nak fotostat ngan aku pon bleh- (berdosa ker memfotostat ?))

Tak lama dulu, pada bulan Ramadan Kerajaan Terengganu berjaya meletakkan Al-Quran, Hadis, Qias dan ijmak sebagai asas dan undang-undang tubuh bagi Negeri Terengganu.Satu langkah yang sangat advance dan sangat penting ke arah mengembalikan Undang-Undang Islam di Malaysia walaupun ada cakap-cakap yang mengatakan selama PAS memerintah Terengganu, takde ape yang PAS buat..-Haha, buta betul la...

Undang-undang tersebut telahpun digazetkan, walaupun pelaksanaannya je yang belum sebab Kerajaan PAS tumbang dalam pilihanraya tapi pahala orang yang mengundi PAS tahun 1999 tersangatlah besor dan berterusan!

Kini, tahniah kepada Negeri Kelantan kerana telah berjaya memperkenalkan matawang syariah Dinar dan Dirham Kelantan yang boleh digunakan bagi pembayaran gaji, bayaran zakat, mas kahwin dan perniagaan.Semoga usaha ini akan dapat diperkasakan walau ada ('Pembela Bangsa dan Agama' kononnya) yang mengatakan langkah kerajaan kelantan ini adalah tindakan politik dan untuk mendapatkan sokongan politik..Haha...(nasib baik tak jadi unity ngan puok2 nih).

Namun, Malaysia nih diakui memang lembab dalam nak melaksanakan satu-satu sistemIislam.Contohnya, Bank Islam yang dikatakan sebagai peneraju dalam perbankan Islam di Malaysia hanya ditubuhkan pada tahun 1983.Setahun kemudian Takaful Malaysia plak ditubuhkan.Ambil masa yang sangat lama sejak merdeka untuk Islam padahal Islam sebagai agama rasmi negara sepatutnya didahulukan segala sistem-sistemnya.Ada juga yang berkata, lambat ditubuhkan kerana halangan banyak (perundangan, pakar syariah kurang, ekonomi..etc). Itu hanyalah alasan yang takdak motivasi langsung...Kalau nak dikira, kita mana ada kepakaran nak teroka angkasa, kapal angkasa pun takdak tapi kenapa plak bleh hantar angkasawan ke ISS ari tuh?..

Yang tak sedap dengar dalam produk-produk perbankan Islam yang ditawarkan oleh bank-bank di Malaysia ialah ada produknya yang tak diiktiraf oleh Majlis Fiqh Sedunia.Contohnya seperti pembiayaan Bai' al Innah dan Bai' Bithamin Ajil (BBA)...2 sistem nih hanya Brunei dan Malaysia saja yang memperakukannya..

Tahniah kepada Kelantan .Teruskan usaha maju anda..

Tuesday, August 10, 2010

Ramadan tahun ini

5 - 10 Ogos 2010 ialah hari aku demam panas tahap tinggi.Terbantut semua perancangan, tergendala segala aktiviti.Sepatutnya 9-10 Ogos 2010 aku kena pergi kursus di Port Klang.Ramai le teman-teman kat tmpt kerja kata aku 'sengeling' buat demam untuk mengelak dari pergi kursus.Biasale, demam lah satu-satunya penyakit yang manusia selalu mintak....

"kenapa nih nampak monyok jer...?"
"em..rasa nak demam..."

11 Ogos 2010 sudahpun 1 Ramadan 1431, Kg. Batu Enam, Jalan Kelantan sambut dengan beberapa 'das tembakan' mercun bunga warna-warni.Budak kampung bini aku plak sambut dengan main 'mercun plug' buatan sendiri.Kalau sape tak tahu apa dia mercun plug, komang sangat la...haha.Tarawih aku biasanya buat di Masjid kat Pekan Batu Enam sebab Batu Enam nih macam tempat 4 penjuru angin-Kat sini ada masjid, ada kedai makan, ada pasaraya yang comel, ada gerai suratkhabar, ada semua jalanraya nak menuju ke selatan, utara, timur dan barat.

Itu cerita ramadan.

Ini plak cerita anak aku minum susu 1 tin seminggu.Tin besar plak tu (900 grm).Dahle tin besar, susu cap ANMUM plak tu.Harga satu tin (900 grm) ialah RM63.Sesetengah kedai jual RM66.Punyala mahal...kalu sebulan dah berapa..aku dah try tukor susu cap lain yang lebih murah, tapi anak jadi sakit perut..Aku pun heranle dengan anak aku, susu formula dia minum, susu badan pun dia lantak jugak...ish ish..Walaubagaimanapun, dia semakin sihat sekarang, cuma aku jer yang makin 'tak sihat' (botak kepala pasal susu mahal..hahaha).

Realitinya, bukan susu saja yang mahal sekarang nih, semua barang jadi mahal sebab kuasa beli dah kurang.Tak lama lagi orang yang kerja kerajaan, kumpulan sokongan 1 dan 2 akan layak menerima zakat dibawah asnaf orang miskin.Kumpulan Pengurusan & profesional bulehle tahan skit..Pekerja-Pekerja kerajaan sekarang nih dah nampak macam mula gelabah sebab gaji utk bulan Raya tahun nih dibayar selepas raya. Inipun dah buat 'lari tune' nak buat bajet untuk raya.

Jadi, Ramadan tahun nih elokle dibuat bulan pesta ibadat.macam kelantan buat. Sebab duit pun tak cukup nak idup.elok kita beribadat...






Wednesday, May 5, 2010

Crankshaft Pulley

Crankshaft pulley ialah salah satu komponen enjin kereta.Tugasnya ialah menjalankan alternator, power steering dan air cond dengan baik.

Keta aku mengalami kerosakan komponen tersebut pada 1 Mei baru-baru nih di bandar 'Texas' (Chukai, kemaman).

Punyalah susah mau cari komponen tersebut pada hari cuti umum...Akhirnya keta aku terpaksa 'bermalam' di Kemaman.Kemudian aku survey komponen tersebut kat kedai di Kuala Terengganu, akhirnya ketemu juga.Beli dengan harga yang agak 'umphnyampah' RM180.00.

Akhir skali, aku ke Kemaman semula utk hantar komponen tersebut utk dipasang.Jam 2.30 petang, 3hb Mei 2010, keta aku sudah 'sembuh' dan boleh keluar 'wad'.

Tapi itu semua adalah lumrah orang pakai keta..rosak di tengah jalan, kadang-kadang ada yang kena tunda.

Cerita keta aku rosak tak le penting sangat.

Apa yang aku nak story ialah pasal budak kena dek tembak polis di Selangor.
Kecoh 1Malaysia.Bagi aku cerita nih lebih penting diikuti sebab ianya melibatkan nyawa.

Aminulrasyid, 14 dan rakannya, Muhamad Azamuddin Omar -vs- Polis.

Aku tak sabar nak tahu apa akhiran kebenaran tentang kejadian yang berlaku itu.Ada panel siasatan ditubuhkan.Bagusle tu..siasat sampai dapat..

Aminulrasyid adalah anak kami juga, rakyat Malaysia!

Wednesday, March 31, 2010

Jabatan Laut ?.. Jabatan apa tu?


Itulah soalan yang selalu orang tanya pada aku bila aku bagitau aku keje di Jabatan Laut.
Ada yang menyamakan Jabatan Laut dengan Jabatan Perikanan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin dan Jabatan Taman Laut.

Semua agensi/jabatan yang aku sebut di atas TIDAK sama dengan Jabatan Laut.

Sebelum aku bagitau apa itu Jabatan Laut, elok aku cerita secara ringkas agensi/jabatan yang selalu dikaitkan dengan Jabatan laut.


Jabatan Perikanan

Bermula semasa British menubuhkan Unit Perikanan Kolonial pada tahun 1894 bagi mengawal aktiviti perikanan di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Selepas merdeka, Jabatan Perikanan dikenali sebagai Bahagian Perikanan Persekutuan Tanah Melayu dan diletak di bawah Kementerian Pertanian dan Syarikat Kerjasama.

Hari ini Jabatan Perikanan dikenali Jabatan Perikanan Malaysia dan berada di bawah Kementerian Pertanian & Industri dan Asas Tani Malaysia.

Jabatan perikanan berfungsi untuk mengurus dan membangunkan sektor perikanan negara.
Jadi, segala perkhidmatan berkaitan dengan aktiviti perikanan seperti lesen menangkap ikan, tangkapan laut, angkut ikan, eksport/import ikan dan peralatan tangkap ikan adalah di bawah seliaan jabatan ini.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

Terkenal dengan sebutan "Maritim". APMM diperkenalkan secara rasmi pada Oktober 2005 dan memulakan operasi pada bulan November 2005 .

Fungsinya adalah menguatkuasa undang-undang dan ketenteraman di bawah mana-mana undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia, mencari dan menyelamat maritim di Zon Maritim Malaysia dan di lautan lepas, menjalankan pengawasan udara dan pantai, mengawal dan mencegah pencemaran maritim di lautan lepas, mengecah kegiatan lanun dan mencegah kegiatan pengedaran dadah

Polis Marin

Polis Marin ditbuhkan pada tahun 1947 .Polis Marin macam polis biasa tetapi fungsinya mengekalkan keamanan dan keselamatan negara di kawasan seperti persisiran pantai,sungai dan laut.Polis Marin boleh menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah yang terlibat dalam pelbagai jenayah seperti penyeludupan dan kegiatan lanun.

Jabatan Taman Laut

Posmen selalu silap hantar surat Jabatan Taman Laut ke Jabatan Laut kat tempat aku keje.
Mungkin sebab nama dekat-dekat nak sama.

Jabatan Taman Laut asalnya ditubuhkan pada tahun 1983 dan dikenali dengan nama Taman Laut di bawah Kementerian Pertanian (Jabatan Perikanan) pada waktu itu.Secara amnya penubuhannya adalah untuk melindungi, memulihara dan mengurus secara berterusan ekosistem marin terutamanya terumbu karang serta flora fauna berkaitan yang memainkan peranan utama dalam kestabilan lautan secara keseluruhan.

Pada tahun 2004, Taman Laut telah dipindahkan daripada Jabatan Perikanan kepada satu pengurusan yang baru di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan dikenali dengan nama Seksyen Taman Laut. Kemudian pada tahun 2006, kerajaan telah meluluskan penubuhan jabatan ini dengan nama Jabatan Taman Laut Malaysia atau dengan singkatannya MPM.

Berkuatkuasa pada 16 Julai 2007, Seksyen Taman Laut dengan rasminya menjadi Jabatan Taman Laut Malaysia.

Fungsinya yang utama adalah untuk memulihara dan melindungi kepelbagaian biologi komuniti marin dan habitatnya, membaikpulih dan memulihara habitat semulajadi spesies akuatik yang terancam, mengwujudkan zon-zon pengurusan bagi pemuliharaan flora dan fauna akuatik, mengwujudkan zon-zon rekreasi yang dikenali dengan nama taman laut.


Jabatan Laut

Jabatan Laut Malaysia mempunyai sejarah yang panjang.Kalau kita belek buku sejarah, kita akan jumpa perkataan 'Syahbandar' dalam sejarah kerajaan-kerajaan melayu.Umumnya Jabatan Laut Malaysia dulu dikenali dengan nama "Syahbandar".Kemudian ditukar nama jadi Jabatan Semenanjung Malaysia dan kini dinamakan Jabatan Laut Malaysia yang merangkumi Sabah dan Sarawak.

Ianya ditubuhkan untuk mentadbir urusan perkapalan dan pelabuhan serta hal ehwal maritim di perairan Malaysia.

Aktiviti Utamanya adalah seperti berikut :
  1. Pendaftaran kapal dan perlesenan bot-bot;
  2. Kawalselia undang-undang perkapalan;
  3. Pemeriksaan keselamatan kapal;
  4. Pemeriksaan Kawalan Pelabuhan Bendera Negara & Kawalan Pelabuhan Negara;
  5. Kawalselia Kod Pengurusan Keselamatan Antarabangsa atau International Safety Management Code ( ISM );
  6. Verifikasi International Ship and Port Facility Security ( ISPS ) Code;
  7. Penyiasatan kemalangan kapal;
  8. Keselamatan Maritim dan pemeriksaan kapal;
  9. Latihan dan peperiksaan;
  10. Mencegah dan mengawal pencemaran marin;
  11. Pengurusan alat-alat bantuan pelayaran;(rumah api, boya, bikon)
  12. Melaksanakan dan memantau pelaksanaan konvensyen antarabangsa.

Secara mudah untuk difahami, Jabatan Laut berfungsi macam JPJ.Kalau JPJ berkuasa di atas jalanraya, maka Jabatan Laut berkuasa di laut.


Itulah sebagahagian ringkas tentang agensi/jabatan yang berkaitan dengan laut dan perairan. Harap tak terkeliru la eh...so sape2 yang nak kerja ngan Jabatan Laut boleh mohon dengan SPA online.Jawatan yang masih ada kekosongan ialah PEMBANTU LAUT...okey, chaww...