Adapun loghat Terengganu bermacam-macam, ada yang senang ada yang susah nak cam.
Terbahagi pula kepada beberapa bagian, sebelah utara lain sebutan, selatan pun lain pula percakapan.
Maka sebelah utara termasuk Besut dan Setiu, cakapnya tak obah macam orang Kota Bharu.
Syahdan Dungun beserta Kemaman, kekadang menyampah dengar 'sleng-sleng' Kuantan.
Adapun Kuala Terengganu dan juga Marang, adohai banyak 'kang' di belakang.
Hulu Terengganu aku tak tahu, pelik-pelik cakapnya macam orang-orang hulu.
Maka sekian kalinya hamba turunkan di sini barang beberapa patah loghat Terengganu yang basic2, buat panduan orang Kolumpo yang datang sini nak order nasik..
Putih lepuk = putih melepak
Hitam bletung = Hitam melegam
Meroh nyaler = bersangatan merahnya
Hijau naung = bersangatan hijaunya
kuning siyor = bersangatan kuningnya
Besor jalor = sudah dewasa
Kecik tuek = sangat kecil
Bapok gong = sangat besar
Nipih nayang = sangat nipis
Tinggi langok = sangat tinggi
Gelap glemak = sangat gelap
Ceroh nerang = terang benderang
Panah ketik = sangat panas
sejuk set-it/ sejuk ngokor = sangat sejuk
Re-ber = Ranting kayu
Injeng galer = jentera pembajak sawah
Kayu ro = pembaris
pisa meseng = pisau kecil yang berharga 20sen
Kalang cak = pensel warna
jabir/supik = beg plastik
colok = mancis
meceh = pemetik api
Rohok = payah
nok etek = nak juga
Tak mboh = tak mahu
Newor = pusing-pusing (jalan-jalan)
Pi-yak = pukul
Womoh = di bawah rumah
Sakning = tadi
Hor = ya
Lebong/nawok/kecek/wak lolok = tipu
Monday, March 30, 2009
Monday, March 23, 2009
Senja Satu Persinggahan

-(Surat (gambar) di sebelah adalah barisan bentara NOSFERIAL, sa-buah gerombolan Metal Terengganu dulukala)-
Sebermola hidop memang singkat, setiap sesuatu yang bermola ditakdirkan Allah Tuhan punya Alam akan tamat.
Adapun maka dulunya zine hamba bernama MANTERAS, sempat terbit coma setakat satu isu di atas kertas. Sayugia hamba mau lanjutkannya ke-pada isu ka-dua, namun hamba se-ngahaja tiada terbit akan ia, karena di fikir hamba sudah tiba waktunya hamba 'bersara'.
Akan pula 'Tari Ombak' hamba congak2 mau jadi pegganti akan zine lama, namun seperti tutur tajuk pembuka cara, segalanya ada penamat dan hanya sementara.Umpama Senja yang hanya singgah sebentar, jiwa metal jua tiba-tiba menjadi pudar. Oh, alangkah manis mengingat saat mau disiapkan 'Tari Ombak', interview ber-sama Jelly Belly, Damokis, Nosferiel, Kekal dan Melon King hampir tamat disunting, apakan daya tiada hamba hantar untuk printing.
Ah! usah kawatir usah nyesal, ada dua interview hamba simpan yang asal. Mongkin hamba beropaya menatapkannya di sini, bukannya apa sekadar untok menghargai.
Lalu begitulah senja yang selalu hadir, singgah sebentar sebelum malam melabuh langsir, Rusty Blade pula lagunya ada cerita tentang Langsuir, usah didengar di malam friday, karena bimbang nantikan tuan hamba takut ke bilik air...
Saturday, March 21, 2009
Kapal Kertas Layar Lilin
Arakiannya hamba bermula dengan mendengar lagu-lagu rock zaman 'purba' (80'an) era kaset harga $8.95 waktu tersebot.Sekiannya hamba di waktu itu ngaji sekolah rendah baru nak mashok sekolah menengah. Minat lagu 'slow-slow' je. Kaset metal se-keping dua ada juga ( Death, Sepultura dan Kreator) tapi tak ambil peduli sangat 'kacawali' tang lagu hok ada intro plucking.
Mashok sekolah menengah, Rotting Christ 'Thy Mighty Contract' tengah me-ledak di stereo kawan2.Masa ni lah hamba start dengar metal se-penoh masa.
Syahadan lepas SPM hamba beli gitar kapok dengan harga RM60.00 + percoma sa-buah kitab muzik dan 3 keping pick.Hamba menuntut ilmu gitar dengan sa-orang 'pendekar' berambut pontianak di kampong hamba , Gong Sentol ber-sabelahan dengan kampong Ronin Distro adanya.
Maka mulalah langkah hamba menjadi sa-orang peng-gila muzik yang konon2-nya mau jadi pe-main gitar handalan di mukim hamba.
Akan te-tapi keretapi sudah tiada lagi di Terengganu 'kacawali' kepala sahaja yang tinggal di Bukit Besi, hamba merantau di negeri orang arah terbenam matahari mencari ilmu duniawi sekonyong-konyong mau jadi pakar ekonomi.
Apalah nasib, gunong tinggi lagi-kan di daki, tinggi lagi awan di atas-nya, hamba jatoh bagaikan tersirat, menjual air soya jua akhir-nya dibuat, di tepi Giant Taman Permata hamba mencari rejeki barang sekerat.
Berikutnya maka hamba pulang ke kampong mau tanam sahaja jagong, tapi duhai Sang Shabri ada meniaga jagong di Pantai AirPort minggu-minggu hujong, maka hamba ber-khidmat di Mince4am Studio barang sekian tahun.Di situ hamba berkenalan dengan anak-anak 'pang' dan tokey hamba bernama sang Shabri itu amat baik orangnya.
Lalu berlalu apa yang udah berlalu, hamba kerja 'ko-trek' (boroh kasar) lepas kerja kat situ dan mula menjadi baik-baik selalu.Tut-tut mola kenal sejid surau, reti jua lah barang halal haram dua tiga jangkau.
Kemudiannya, hamba ber-kahwen dengan sang puteri anak Pak Awi, hingga lening masih elok-elok suami-isteri.
Syahadan hamba mau mengucap ribuan terima-kaseh kepada rakan-rakan hamba dari era rockapak hingga metal/punk hingga era jamaah PAS sebab tanpa kalian hamba takkan belajar banyak perkara mostahak tentang hidop panca-roba ibarat hamba belayar di lautan api, masakan dapat hamba kayuhi sedang kapal hamba kapal kertas berlayarkan lilin..
Subscribe to:
Posts (Atom)