Saturday, March 21, 2009

Kapal Kertas Layar Lilin

Arakiannya hamba bermula dengan mendengar lagu-lagu rock zaman 'purba' (80'an) era kaset harga $8.95 waktu tersebot.

Sekiannya hamba di waktu itu ngaji sekolah rendah baru nak mashok sekolah menengah. Minat lagu 'slow-slow' je. Kaset metal se-keping dua ada juga ( Death, Sepultura dan Kreator) tapi tak ambil peduli sangat 'kacawali' tang lagu hok ada intro plucking.

Mashok sekolah menengah, Rotting Christ 'Thy Mighty Contract' tengah me-ledak di stereo kawan2.Masa ni lah hamba start dengar metal se-penoh masa.

Syahadan lepas SPM hamba beli gitar kapok dengan harga RM60.00 + percoma sa-buah kitab muzik dan 3 keping pick.Hamba menuntut ilmu gitar dengan sa-orang 'pendekar' berambut pontianak di kampong hamba , Gong Sentol ber-sabelahan dengan kampong Ronin Distro adanya.

Maka mulalah langkah hamba menjadi sa-orang peng-gila muzik yang konon2-nya mau jadi pe-main gitar handalan di mukim hamba.

Akan te-tapi keretapi sudah tiada lagi di Terengganu 'kacawali' kepala sahaja yang tinggal di Bukit Besi, hamba merantau di negeri orang arah terbenam matahari mencari ilmu duniawi sekonyong-konyong mau jadi pakar ekonomi.

Apalah nasib, gunong tinggi lagi-kan di daki, tinggi lagi awan di atas-nya, hamba jatoh bagaikan tersirat, menjual air soya jua akhir-nya dibuat, di tepi Giant Taman Permata hamba mencari rejeki barang sekerat.

Berikutnya maka hamba pulang ke kampong mau tanam sahaja jagong, tapi duhai Sang Shabri ada meniaga jagong di Pantai AirPort minggu-minggu hujong, maka hamba ber-khidmat di Mince4am Studio barang sekian tahun.Di situ hamba berkenalan dengan anak-anak 'pang' dan tokey hamba bernama sang Shabri itu amat baik orangnya.

Lalu berlalu apa yang udah berlalu, hamba kerja 'ko-trek' (boroh kasar) lepas kerja kat situ dan mula menjadi baik-baik selalu.Tut-tut mola kenal sejid surau, reti jua lah barang halal haram dua tiga jangkau.

Kemudiannya, hamba ber-kahwen dengan sang puteri anak Pak Awi, hingga lening masih elok-elok suami-isteri.

Syahadan hamba mau mengucap ribuan terima-kaseh kepada rakan-rakan hamba dari era rockapak hingga metal/punk hingga era jamaah PAS sebab tanpa kalian hamba takkan belajar banyak perkara mostahak tentang hidop panca-roba ibarat hamba belayar di lautan api, masakan dapat hamba kayuhi sedang kapal hamba kapal kertas berlayarkan lilin..

7 comments:

  1. tamak juga dipanggil haloba
    persembahkanlah pantun 10kerat hamba...


    lembu dipegang pada tali
    manusia dipegang pada janji
    entri anda cantik sekali
    ayuh, teruskan menulis lagi
    coretkanlah ia sesuka hati
    asal tidak memakan diri
    suka x suka apa dipeduli
    yang penting ada originaliti
    tidak menurut seperti abdi
    abdi hanya pada Ilahi...

    ke guane?

    ReplyDelete
  2. Haloba kalau tersilap eja jadi haleba
    Kalau tiada haleba dok sedaplah nasi dagang
    waimma kuoh sedap setare mana sekali pun

    jang
    semutor deme comel.
    nok cari etek se

    ReplyDelete
  3. semutor hamba semutor Kapten jang Sparrow namanya, diberi percoma oleh empunya lancang seadanya..

    ReplyDelete
  4. KAH..KAH...KAH
    KaH..KAh..kAH...
    KAh...kaH...KahWiN x JaDi?

    ReplyDelete
  5. akan hamba yang hina ini tidaklah pandai memain-putarkan akan kata-kata.. sayugia di sini hamba ingin sakali menguchapkan 'Selamat Pengantin Baharu' ka-pada Kaptain Jang Sparrow semuga bahagia hingga ka akhir hayat hendak-nya.. sa-sunggoh-nya ka-hidupan ini penuh dengan kata-kata yang tersurat dan juga yang tersirat.. kata-kata terakhirku.. "Bilakah kao mau dapat anak Jang?" (soalan mad wajib mutassir) hehehe..

    ReplyDelete
  6. se agi.. "Beh ahh mun naik kapal Jang jing jong"

    ReplyDelete
  7. Wah, aku suka laras bahasa kamu! Keep on writing!

    ReplyDelete