Monday, March 30, 2009

Terengganu Darul Imang

Adapun loghat Terengganu bermacam-macam, ada yang senang ada yang susah nak cam.
Terbahagi pula kepada beberapa bagian, sebelah utara lain sebutan, selatan pun lain pula percakapan.

Maka sebelah utara termasuk Besut dan Setiu, cakapnya tak obah macam orang Kota Bharu.
Syahdan Dungun beserta Kemaman, kekadang menyampah dengar 'sleng-sleng' Kuantan.
Adapun Kuala Terengganu dan juga Marang, adohai banyak 'kang' di belakang.
Hulu Terengganu aku tak tahu, pelik-pelik cakapnya macam orang-orang hulu.

Maka sekian kalinya hamba turunkan di sini barang beberapa patah loghat Terengganu yang basic2, buat panduan orang Kolumpo yang datang sini nak order nasik..


Putih lepuk = putih melepak
Hitam bletung = Hitam melegam
Meroh nyaler = bersangatan merahnya
Hijau naung = bersangatan hijaunya
kuning siyor = bersangatan kuningnya

Besor jalor = sudah dewasa
Kecik tuek = sangat kecil
Bapok gong = sangat besar
Nipih nayang = sangat nipis
Tinggi langok = sangat tinggi
Gelap glemak = sangat gelap
Ceroh nerang = terang benderang
Panah ketik = sangat panas
sejuk set-it/ sejuk ngokor = sangat sejuk

Re-ber = Ranting kayu
Injeng galer = jentera pembajak sawah
Kayu ro = pembaris
pisa meseng = pisau kecil yang berharga 20sen
Kalang cak = pensel warna
jabir/supik = beg plastik
colok = mancis
meceh = pemetik api

Rohok = payah
nok etek = nak juga
Tak mboh = tak mahu
Newor = pusing-pusing (jalan-jalan)
Pi-yak = pukul
Womoh = di bawah rumah
Sakning = tadi
Hor = ya
Lebong/nawok/kecek/wak lolok = tipu

9 comments:

  1. rapak jik - mendasar ke dalam/ke bawah
    patat-bawah (terkadang disertai sekali)
    bahang rambang- carca merba / cincai
    tembo - lari
    hungga- berlari mendapatkan
    bahang tanoh - mati
    jabat tanoh - kubor
    kamat ke - kufikir
    panjang jengong/jegong -tersangat panjang
    muto kelaut- bot nelayan
    muto air /muto nambang -bot penambang
    gelekek -ketawa berdekihdekih bkn berdekah-dekah
    galok- gatal
    gallok- berseronok
    nyebok- gayung air
    semut kata - semut api
    ali roba- land rover
    mereng - bot sangkut / speed bot / bot fiber
    beng - jangan
    tebeng - tutup
    tebeng - berkeras buat
    beng beng beng - jangan! jangan! jangan
    recung -cari pasal
    rebih - merekah / menghakis

    sambungla lagi...

    ReplyDelete
  2. stambung = sangat banyak
    busuk kohong/busuk bangor = sangat busuk
    beleh = mengantuk
    Tohod = buang
    Royak = beritahu

    ReplyDelete
  3. Loghat Terengganu:
    " Aku gi umoh mung, aku tengok mu takdok, aku pung strek konar...

    Terjemahan :
    "Aku pergi rumah kamu, aku dapati kau tiada, aku pun terus balik.."

    ReplyDelete
  4. wak galler - menjahanamkan barang seseorang.

    contoh ayat
    "Wohh.. wahi ngak Ahmad Shabri wak galler kete abang ye"

    trenslet
    "Wauu.. suka sangat Ahmad Shabri menjahanamkan kereta abang dia"

    hehehe..

    ReplyDelete
  5. hehe
    cari maksud ini..
    1)umno suka bahang rambang
    2)bahang tanohlah umno
    3)jabat tanoh dah pggl umno
    4)beng undi umno
    5)zambry Hitam bletung
    6)langgar bijaN dengan Injeng galer

    ReplyDelete
  6. tamboh sket ayak ayak sek2 ganung nie....

    "owoh sapookk tinggi pokok nyor ning"....

    " beng beng la wak gelidak depang aku..aku njaa belok kang"

    " gong ngak mung leningg"

    " bam brekmok goh natang ni "

    ReplyDelete
  7. Kata Ganda Berirama

    1. putih-lepuk
    2. manih-leting
    3. tawor-hebeh
    4. meroh-nyale
    5. kuning-sior
    6. bising-bangor
    7. hancing-pering
    8. busuk-kohong
    9. besor-jalor
    10. gemuk-metong
    11. kuruh-kekek
    12. kecik-tuek
    13. pahit-lepang
    14. come-lote
    15. huduh-sepang-ko ong

    aku amik dalang tragungkite.net...

    ReplyDelete
  8. Setiu tak sama dengan Besut. Besut cakap Kelantan, tapi Setiu tidak. Dalam dialek Setiu ada pengaruh kedua-dua negeri tetapi telah menjadi satu eniti lain yang tersendiri.

    ReplyDelete