Saturday, April 11, 2009

Mitos tentang negeri dan orang Terengganu

Sewaktu hamba kenal-kenal dengan orang-orang luar (Luar Terengganu),
ada dua-tiga anggapan tidak enak tentang Terengganu yang hamba dengar.

Mungkin syahadannya mereka sekadar dengar-dengar mulut orang bercakap,
atau sememangnya betul begitu orang Terengganu sekian adab.

Antara anggapan orang luar tentang Terengganu :

1. Orang lelaki Terengganu adalah pemalas

Adohai malang! Hamba dengar ini dari orang Johor, katanya kemalasan orang terengganu memang sohor. Ada suami malas kerja, duk atas wakaf sampai malam buta, kesian bini cari rejeki merata.

2. Panggil keretapi dengan nama 'kereta lipang'

Haha...hamba ketawa. Hamba dengar ini dari seorang pensyarah, malu jugala waktu tu sebab dia khabar dalam kuliah.

3. Awek-awek Terengganu comel-comel belaka

Comel/cantik memang 'subjektif', tapi mereka kata orang Terengganu memang lawa memang attractif. Lagu Iklim pun pernah kata, 'anok-anok dara.. comey-comey blaker'..

4. Taksub kenegerian

"Mu ingak molek! Kalu juper sining parok ah mung!"

5. Loghat Terengganu hampir sama dengan Kelantan
Demo tak sama dengan mung, sir tak sama dengan tak mboh..aduhai..

Maka adakah semua anggapan di atas benar ?
(hamba dah lapar, nak pergi makan...)

5 comments:

  1. apo da loghat tu camtu... nak wat cegana..? sumpah pak saya orang terengganu pak... heheh
    sila lah melawat kesah di sebalik kekecohan sidang DUN MELAKA yang diwar-warkan media TORTOQ UMNO...
    link:
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/lucah-mr-lee-dan-betty.html

    ReplyDelete
  2. weh, bila nk update blog..kitab abih dok lagi baca ke jadi brg hiasan doh? hahaha

    ReplyDelete
  3. 1. Tak tepat, tak boleh pukul rata. Lelaki Johor pun ada yang malas.
    2. Tak pernah aku dengar.
    3. Subjektif. Mana-mana tempat pun sama.
    4. Tak semestinya. Kelantan, Kedah, Sabah lagi teruk... Huhu
    5. Tak sama. Terlalu banyak beza.

    ReplyDelete
  4. malas tu ada kat semua orang. tak terhad pada penduduk sesebuah negeri, lelaki mahupun perempuan. hiii hoo!!

    ReplyDelete
  5. itu kan budaya... sperti umno... bile sebut umno kite terbayang politik wangnye atau RASUAH... heheh
    di minta jemput membincangkan konsep 1MALAYSIA gagasan Najib... link:
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/konsep-1malaysia-gagasan-boneka-mader.html

    ReplyDelete