Wednesday, June 10, 2009

Mimpi

Adalah mimpi itu terbahagi kepada tiga bagian.
Mimpi psikologi paling selalu diceritakan.
Mimpi menakutkan adalah mainan dari syaitan.
Mimpi yang benar adalah dari Tuhan.

Adapun nak dihuraikan terlalu panjang, cukuplah mimpi yang benar sahaja hamba karangkan.
Maka mimpi yang benar mempunyai pengamatan dan selalunya ada tafsiran.
Umpama nabi Yusuf a.s bermimpikan sebelas bintang, matahari dan bulan.
Ataupun Nabi Ibrahim a.s mimpi anaknya dijadikan korban.
Ataupun Nabi Muhammad s.a.w bermimpi keluarnya dari Madinah seorang budak hitam.

Maka mimpi yang benar terkadang adalah alamat.
Umpama awan hitam alamatnya hari mau hujan lebat.
Tapi harus diingat mimpi bukanlah mesti berlaku bukan pula semestinya tepat.
Mimpi yang benar perlu dilihat perlu difirasat.
Nak dapat mimpi yang benar mestilah ada syarat.

Adapun syaratnya bukanlah ketat.
Terkadang orang jahat pun boleh dapat mimpi hidayat.
Bercakap benar dalam harian dan sentiasa menunaikan solat.
Sebelum tidur membaca doa atau selawat atau Quran beberapa ayat.
Kemudian berwuduk tidur mengadap kiblat macam orang baringkan mayat.

Adapun mimpi yang benar selalu hadir di waktu ashar atau sahur.
Lebih kurang jam 3 atau 4 pagi kalau nak ukur.

Al kisah hamba kalau bermimpi ikan, selalunya akan mendapat wang.

4 comments:

  1. Kalu mimpi itu itu alamatnya mende? hahaha

    ReplyDelete
  2. aku mimpi injin galer langgor umah hamid..apa maknanya?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Mimpi itu itu
    Alamatnya nak wat balik menantu

    Mimpi injin galer langgor umah hamid
    Alamat Derih nak lempang Mat Said

    ReplyDelete