Sunday, September 27, 2009

Bila sebut pasal gitar...

Madi P (kanan sekali) bersama x-vokalis Riyath


"Bila sebut pasal gitar.Jari aku mula bergetar

Bila sebut pasal gitar.Jantung aku mula la berdebar"


Sebelum ditulis dengan lebih panjang, apakata aku cerita dulu pasal jenis-jenis gitar sebab ramai jugok hok dok tahu..Termasuk aku..kekeke.


Adapun gitar kalu nak kire ada 3 jenis je.

1 - Gitar elektrik

2 - Gitar Akustik

3 - Gitar Klasik


Gitar elektrik atau bahase yang selalu kita sebut ialah gitar karen. Nak main kena ada amplifier. Takde amplifier (singkatan amp) buleh jugok main tapi bunyi slow nak mampus. Harga dia pun mahal nak mampus jugok.


Gitar Akustik atau gitar tong atau dengan nama glamernye 'gitar kapok'. Paling popular. Harga murah jugakla. Boleh dimainkan tanpa amp dan buleh dibawak kemana-mana kecuali ke masjid, tanah perkuburan dan ke rumah pak mertua.Sebab musabab dapat nama 'gitar kapok' ialah kerana ada jenama gitar ni bernama 'kapok'. Teruih je lekat nama 'gitar kapok'. Lagipun, dalam banyak2 jenama gitak akustik, jenama 'kapok' la yang paling muroh.Bunyi dia pun sangatlah bagus. Ngalahkan jenama-jenama lain.


Gitar Klasik plak konsepnya lebih kurang jer ngan gitar akustik. Yang berbeza ialah jenis tali. Gitar akustik pakai tali jenis steel. Steel tu senang terjemah tali dawai.kekeke.. Gitar klasik pakai tali nylon. Gitar nih biasa orang main lagu2 flamenco. Flamenco tu macam lagu2 Sepanyol la lebih kurang..kekeke.


Chord Gitar


Nak main gitar mesti ada duit sebab kena beli gitar.Nak wat sendiri tentu kita malas.Bila dah beli gitar, perkara mula-mula kena pandai ialah mengenal chord gitar yang simple iaitu A minor, D minor dan G major. Dah..cukup setakat tu untuk sesi jamming..gerenti tangan akan jadi 'lembut'. Seperkara lagi yang perlu tahu ialah 'tuning' tali gitar. Nak 'tune' gitar nih pun kena belajarla..payah nak ajar secara teori, kena tanya orang.


Strumming dan plucking


Lain-lain perkara tentang chord yang susah-susah tak perlu hafal sangat. Blaja strumming dulu. Strumming ialah memetik gitar la.Satu lagi teknik petik gitar ialah plucking. Plucking nih petik tali gitar satu persatu.Strumming tu kita main gitar bunyi greng greng greng...janji keluar bunyi.


Power Chord


Ada jugok orang yang pandai main gitar dengan main power chord sahaja. Power chord nih sepatutnya main ngan gitar letrik je tapi oleh kerana rock punya pasal, gitar tong pun boleh layan. Power chord tu ialah chord gitar yang simple. Rythm la kita kata. Rythm tu ntah amende aku pun dok tahu.kekeke.


Power chord senang nak paham terdiri daripada 2 not.Biasa chord penuh gitar terdiri daripada banyak not. Oleh kerana susah sangat nak main chord penuh, maka buleh main 2 not untuk sesuatu chord. Itulah power chord. Bunyi dia agak keras sket la.Macam irama rock gitu..


Macam pelajaran muzikla plak..kekeke..Apapun, bila sebut pasal gitar nih aku teringat la kat gitar aku yang adik aku bawak lari ke rumah mak aku sebulan yang lalu...Rindu la..isk..isk...

Jadi, aku sambung balik puisi gitar tadi...


Bila sebut pasal gitar

Rindu ku padanya mula bergegar


Bila sebut pasal gitar

Semangat ku mula la segar


Bila sebut pasal gitar...........

















Sunday, September 13, 2009

Antara kau dan aku

Rok teruih rok..

Terimalah sebuah lagu yang berjudul "Antara kau dan aku" sempena
Hari Raya yang bakal menjelang...

Jarum dan kondom kau bagi free,
Topeng muka aku kena beli.

Harga petrol kau up naik,
PRU 13 aku pangkah lain baru kau serik.

Merdeka kau laung Merdeka kau teriak,
Royalti minyak negeri aku habis kau rompak.

Kapal selam juta-juta komisen kau bagi,
Bonus raya aku RM500 je kau beri.





Add Image







Ucapan Selamat Hari Raya


POST INI MASIH LAGI TIDAK MENGIKUT GARIS PANDUAN BAHASA YANG DITETAPKAN OLEH WWW.TARIOMBAK.BLOGSPOT.COM. PERKARA INI MASIH BERLAKU DISEBABKAN OLEH SANG PENULIS MASIH LAGI DALAM KEADAAN BERMALAS-MALASAN. KESULITAN SEPERTI INI ADALAH PERKARA BIASA BERLAKU DI BULAN PUASA.

Selamat Hari Raya kepada :
J.P.J
Tolong jangan cepat sangat nak menyaman. Beri nasihat dapat pahala. Beri saman kami masam muka. Kami cuma nak balik raya.
SPRM
Bersama membanteras rasuah! (Duit raya = rasuah ? )
Polis
Salam dihulur, jangan gas disembur. Jangan lupa pergi dengar khutbah Raya nanti, semoga mendapat manfaat...
UMNO/BN
Bagan Pinang menjadi medan, kalau kami menang, hang kempunan,
kalu hang menang, kami tak heran, sebab hang takut berlawan,
undi pos hang wat sokongan, apalah yang kami ada cuma bermunajat kepada Tuhan.
PAS
Takbir! Takbir! Takbir!
Raya nanti kita suma bertakbir..JKKK pun bertakbir.Perjuangan tetap diteruskan walau sapa pun jadi PM.
Kawan-Kawan
Bersedialah, malam-malam raya nanti kedai minum banyak tutup.. Isk.. Aku pun tengah risau nih. Tak minum tak lena tido..isk! sapa tau kedai mana bukak malam-malam raya nanti?

Wednesday, September 9, 2009

Satu Malaysiaaaaaaaa...


“Post ini tidak mengikut standard bahasa yang selalu digunapakai oleh tariombak.blogspot.com.
Ini adalah kerana penulis blog ini masih lagi dalam keadaan kemalasan yang melampau.
Sebarang kesulitan amat dikesali.”



Kalau nak diikutkan kepala aku yang masih lagi ada ‘hangin’* Black Metal ni nak je aku tulis blog nih dengan memaki hamun pada orang aku nak maki.Tapi mengingatkan kita nih orang Islam, ada pahala dan dosa di hujung lidah dan di hujung jari yang menaip, tak jadikla nak marah-marah..Hahaha.

Kepala lembu

Tak tahula apa punya niat orang yang arak kepala lembu baru-baru nih. Tak beradab dan tak mencerminkan orang Islam yang faham dengan Islam.BUTA KAYU. Diulang sekali lagi, BUTA KAYU. Dahla menghina agama orang lain, juga merosakkan imej / akhlak orang Islam dan Islam itu sendiri dan mengancam keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama. Pasukan Keselamatan plak takdenya nak tembak water cannon ke, gas ker..Apakata tukar aje logo kepala harimau kepada kepala _ _ _ _ _ _ _ _ .. Hahaha. Jangan marah aaa..

Ahmad Said


Aku suka MB nih. Dia punya cara cakap macam orang kampong je, loghat Terengganu kadang-kadang. Ari tuh aku ada tengok gambar dia duk memaku atap rumah sapa ntah.. ‘gempak’ woo.. Bulan posa nih dia ada bagi kurma sekotak kat umah aku. Alhamdulillah…akhirnya dapat jugak merasa ‘duit royalti minyak’ dalam bentuk kurma. Syukur wooo..

H1N1


Masa pergi Kelantan baru nih aku ada pakai topeng muka ketika ronda-ronda kat Wakaf Che Yeh. Orang kata kalu masuk tempat-tempat sesak macam tuh elok pakai sebab mana tau ada penularan H1N1.. Wakaf Che Yeh memang sesak la, nak parking pun payah. Macam-macam barang ada jual kat situ dan macam-macam orang dan gaya pengunjung ada.. Tapi H1N1 ada 1 je. Benda yang ‘1’ nih orang takut. Kalu jumpa 1 lembaga pukul 1 tengah malam sure kita takut punya..

Bonus RM500


Harga minyak naik, kuih ramadhan mahal, wang ehsan aku tak dapat, road tax motor ngan keta aku dah nak mati, baju raya tak beli lagi…RM500 je??

JPJ

Bila aku nak renew road tax motor, aku pegi la ke pejabat pos. Tetiba kerani pos tu kata nombor motor aku kena blacklist oleh JPJ. So, aku pegila pulak ke JPJ nak check.Memang kena blacklist rupanya kata orang JPJ. Orang JPJ* tu pun bagila aku sekeping kertas ngan nombor telepon.Kata dia, nombor motor aku diblacklist oleh JPJ Selangor. No tepon yang dia bagi tu nombor tepon JPJ Selangor. Dia kata aku kena kol JPJ Selangor. Aku pun balik opis dan teruih jer tepon JPJ Selangor tu. Tetiba plak operator telepon cakap macam nih : “NOMBOR YANG ANDA DAIL TIADA DALAM PERKHIDMATAN”. Hahaha… JPJ oh JPJ…


Puasa dan Kartika
Puasa mengajar kita mentaati perintah Allah S.W.T walaupun perintah itu berlawanan dengan kehendak/fitrah/naluri diri kita sendiri. Bayangkan orang yang berpuasa sanggup tak makan dan tak minum kerana semata-mata mentaati/menjunjung perintah Allah S.W.T. Jadi, apsal lak ada orang yang mempertikai hukuman sebat pada pesalah peminum arak ?... Puasa ke tidak nih?

Catatan:
Hangin – bermaksud angin.
Orang JPJ – bermaksud pegawai JPJ yang bertugas di kaunter.