Wednesday, September 9, 2009

Satu Malaysiaaaaaaaa...


“Post ini tidak mengikut standard bahasa yang selalu digunapakai oleh tariombak.blogspot.com.
Ini adalah kerana penulis blog ini masih lagi dalam keadaan kemalasan yang melampau.
Sebarang kesulitan amat dikesali.”



Kalau nak diikutkan kepala aku yang masih lagi ada ‘hangin’* Black Metal ni nak je aku tulis blog nih dengan memaki hamun pada orang aku nak maki.Tapi mengingatkan kita nih orang Islam, ada pahala dan dosa di hujung lidah dan di hujung jari yang menaip, tak jadikla nak marah-marah..Hahaha.

Kepala lembu

Tak tahula apa punya niat orang yang arak kepala lembu baru-baru nih. Tak beradab dan tak mencerminkan orang Islam yang faham dengan Islam.BUTA KAYU. Diulang sekali lagi, BUTA KAYU. Dahla menghina agama orang lain, juga merosakkan imej / akhlak orang Islam dan Islam itu sendiri dan mengancam keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama. Pasukan Keselamatan plak takdenya nak tembak water cannon ke, gas ker..Apakata tukar aje logo kepala harimau kepada kepala _ _ _ _ _ _ _ _ .. Hahaha. Jangan marah aaa..

Ahmad Said


Aku suka MB nih. Dia punya cara cakap macam orang kampong je, loghat Terengganu kadang-kadang. Ari tuh aku ada tengok gambar dia duk memaku atap rumah sapa ntah.. ‘gempak’ woo.. Bulan posa nih dia ada bagi kurma sekotak kat umah aku. Alhamdulillah…akhirnya dapat jugak merasa ‘duit royalti minyak’ dalam bentuk kurma. Syukur wooo..

H1N1


Masa pergi Kelantan baru nih aku ada pakai topeng muka ketika ronda-ronda kat Wakaf Che Yeh. Orang kata kalu masuk tempat-tempat sesak macam tuh elok pakai sebab mana tau ada penularan H1N1.. Wakaf Che Yeh memang sesak la, nak parking pun payah. Macam-macam barang ada jual kat situ dan macam-macam orang dan gaya pengunjung ada.. Tapi H1N1 ada 1 je. Benda yang ‘1’ nih orang takut. Kalu jumpa 1 lembaga pukul 1 tengah malam sure kita takut punya..

Bonus RM500


Harga minyak naik, kuih ramadhan mahal, wang ehsan aku tak dapat, road tax motor ngan keta aku dah nak mati, baju raya tak beli lagi…RM500 je??

JPJ

Bila aku nak renew road tax motor, aku pegi la ke pejabat pos. Tetiba kerani pos tu kata nombor motor aku kena blacklist oleh JPJ. So, aku pegila pulak ke JPJ nak check.Memang kena blacklist rupanya kata orang JPJ. Orang JPJ* tu pun bagila aku sekeping kertas ngan nombor telepon.Kata dia, nombor motor aku diblacklist oleh JPJ Selangor. No tepon yang dia bagi tu nombor tepon JPJ Selangor. Dia kata aku kena kol JPJ Selangor. Aku pun balik opis dan teruih jer tepon JPJ Selangor tu. Tetiba plak operator telepon cakap macam nih : “NOMBOR YANG ANDA DAIL TIADA DALAM PERKHIDMATAN”. Hahaha… JPJ oh JPJ…


Puasa dan Kartika
Puasa mengajar kita mentaati perintah Allah S.W.T walaupun perintah itu berlawanan dengan kehendak/fitrah/naluri diri kita sendiri. Bayangkan orang yang berpuasa sanggup tak makan dan tak minum kerana semata-mata mentaati/menjunjung perintah Allah S.W.T. Jadi, apsal lak ada orang yang mempertikai hukuman sebat pada pesalah peminum arak ?... Puasa ke tidak nih?

Catatan:
Hangin – bermaksud angin.
Orang JPJ – bermaksud pegawai JPJ yang bertugas di kaunter.

No comments:

Post a Comment