Sunday, September 27, 2009

Bila sebut pasal gitar...

Madi P (kanan sekali) bersama x-vokalis Riyath


"Bila sebut pasal gitar.Jari aku mula bergetar

Bila sebut pasal gitar.Jantung aku mula la berdebar"


Sebelum ditulis dengan lebih panjang, apakata aku cerita dulu pasal jenis-jenis gitar sebab ramai jugok hok dok tahu..Termasuk aku..kekeke.


Adapun gitar kalu nak kire ada 3 jenis je.

1 - Gitar elektrik

2 - Gitar Akustik

3 - Gitar Klasik


Gitar elektrik atau bahase yang selalu kita sebut ialah gitar karen. Nak main kena ada amplifier. Takde amplifier (singkatan amp) buleh jugok main tapi bunyi slow nak mampus. Harga dia pun mahal nak mampus jugok.


Gitar Akustik atau gitar tong atau dengan nama glamernye 'gitar kapok'. Paling popular. Harga murah jugakla. Boleh dimainkan tanpa amp dan buleh dibawak kemana-mana kecuali ke masjid, tanah perkuburan dan ke rumah pak mertua.Sebab musabab dapat nama 'gitar kapok' ialah kerana ada jenama gitar ni bernama 'kapok'. Teruih je lekat nama 'gitar kapok'. Lagipun, dalam banyak2 jenama gitak akustik, jenama 'kapok' la yang paling muroh.Bunyi dia pun sangatlah bagus. Ngalahkan jenama-jenama lain.


Gitar Klasik plak konsepnya lebih kurang jer ngan gitar akustik. Yang berbeza ialah jenis tali. Gitar akustik pakai tali jenis steel. Steel tu senang terjemah tali dawai.kekeke.. Gitar klasik pakai tali nylon. Gitar nih biasa orang main lagu2 flamenco. Flamenco tu macam lagu2 Sepanyol la lebih kurang..kekeke.


Chord Gitar


Nak main gitar mesti ada duit sebab kena beli gitar.Nak wat sendiri tentu kita malas.Bila dah beli gitar, perkara mula-mula kena pandai ialah mengenal chord gitar yang simple iaitu A minor, D minor dan G major. Dah..cukup setakat tu untuk sesi jamming..gerenti tangan akan jadi 'lembut'. Seperkara lagi yang perlu tahu ialah 'tuning' tali gitar. Nak 'tune' gitar nih pun kena belajarla..payah nak ajar secara teori, kena tanya orang.


Strumming dan plucking


Lain-lain perkara tentang chord yang susah-susah tak perlu hafal sangat. Blaja strumming dulu. Strumming ialah memetik gitar la.Satu lagi teknik petik gitar ialah plucking. Plucking nih petik tali gitar satu persatu.Strumming tu kita main gitar bunyi greng greng greng...janji keluar bunyi.


Power Chord


Ada jugok orang yang pandai main gitar dengan main power chord sahaja. Power chord nih sepatutnya main ngan gitar letrik je tapi oleh kerana rock punya pasal, gitar tong pun boleh layan. Power chord tu ialah chord gitar yang simple. Rythm la kita kata. Rythm tu ntah amende aku pun dok tahu.kekeke.


Power chord senang nak paham terdiri daripada 2 not.Biasa chord penuh gitar terdiri daripada banyak not. Oleh kerana susah sangat nak main chord penuh, maka buleh main 2 not untuk sesuatu chord. Itulah power chord. Bunyi dia agak keras sket la.Macam irama rock gitu..


Macam pelajaran muzikla plak..kekeke..Apapun, bila sebut pasal gitar nih aku teringat la kat gitar aku yang adik aku bawak lari ke rumah mak aku sebulan yang lalu...Rindu la..isk..isk...

Jadi, aku sambung balik puisi gitar tadi...


Bila sebut pasal gitar

Rindu ku padanya mula bergegar


Bila sebut pasal gitar

Semangat ku mula la segar


Bila sebut pasal gitar...........

















4 comments:

  1. ....aku teringat A//mince

    tali putus boleh sambung
    asal bunyi terus on

    ReplyDelete
  2. madi tuuu... kim salam ke madi ye jang..

    ReplyDelete
  3. Mice4am,
    Tali gitar bass pun disambung..haha
    Tobak aku dok uleh ingat, kelakor...

    Cursive,
    Insya Allah.... Madi lening jual air tebu kat jabat pos Wakaf Tengoh

    ReplyDelete
  4. wah, perkongsian yang amat menarik, ehehe, mula mula baru pandai main, iz cuma pandai main plucking je, strumming macam kayu je, huhu

    ReplyDelete