Monday, October 26, 2009

Polemik 'Kerajaan Perpaduan'

Selepas ini(selepas kontroversi EGM luarbiasa Pas) mungkin kita akan dapat mengetahui dengan lebih jelas apa sebenarnya yang berlaku dalam kepimpinan PAS khususnya siapakah 'golongan' yang dikatakan mahukan Kerajaan Perpaduan.

Sebelum itu, ada beberapa tulisan yang perlu di renungkan...

Saya usulkan hubungan dua kerajaan (Negeri dan Pusat) dipulihkan sesuai dengan semangat federalisme,”
"...memperkasakan semula hubungan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.." -Tok Guru Nik Aziz. - dipetik dari blogtokguru.com

"Kerjasama politik (dengan Umno), kita sudah tutup buku kerana keputusan muktamar. Tetapi perbincangan antara kerajaan dengan kerajaan, dalam konteks federalisme sebagai contoh isu royalti, tidak jadi masalah,” - Mustafa Ali - dipetik dari malaysiakini.com

Sebagaimana yang kita tahu, Tok Guru tidak mahu bekerjasama dengan UMNO.
Jadi, kalau kontroversi yang timbul disebabkan oleh golongan dalam PAS yang nak bekerjasama dengan UMNO, sewajarnya Tok Guru marah.

Kita tengok sajalah nanti apa yang akan berlaku. Ye tak..?

Kerajaan Perpaduan, hubungan 2 kerajaan, perbincangan antara kerajaan dengan kerajaan...

Adohai...

Apa sebenarnya yang berlaku nih?

Sekali lagi saya mohon agar pemimpin PAS mengambil pengiktibaran dari peristiwa pembunuhan Saidina Usman Bin Affan r.a yang akhirnya mengheret berlakunya perpecahan di kalangan umat.





No comments:

Post a Comment