Tuesday, January 19, 2010

Tahun jadi orang miskin ?


Al kisah belumpun matahari 2010 terbit,di negeri hamba harga gula udahpun naik.
Akan tetapi orang-orang kampung tiada marah, kerna surat khabar siar kalimah Allah.
Adapun hamba pula mendapat anak, isteri bersalin di hospital yang banyak lif rosak.
Bayangkan 5 lif yang ada yang patut dipakai, 3 darinya rosak tersadai.
Makapun tiada pelik akan ceritera lif hospital, lagi hairan kisah enjin jet siapa yang bedal.

Akan hamba terdengar khabar-khabar kosong, bulan jun ini COLA akan dipotong.
Entahkan benar entahkan bohong, yang pasti minyak kereta hamba hampir nak kosong.

Loan bank hamba dah start potong, awal bulan poket dah hampir kosong.
Nasiblah isteri ada menolong, kalau tak..mampuslah hamba terpekik terlolong.
Harga roti keping naik hamba tak sedar, saman JPJ sekeping lagi hamba tak bayar.
Itu belum dikira harga pampers harga susu, mengadulah hamba akan Allah yang Maha Kaya Yang Maha Tahu..

3 comments:

  1. nok wak guane, nasib badan bang

    ReplyDelete
  2. ok lg bln jun. agr org tel putrajaya kata bln 3 start potong doh 10%. elaun perumahan pun ada bunyi, tp dok seribut cola

    ReplyDelete