Itulah soalan yang selalu orang tanya pada aku bila aku bagitau aku keje di Jabatan Laut.
Ada yang menyamakan Jabatan Laut dengan Jabatan Perikanan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin dan Jabatan Taman Laut.
Semua agensi/jabatan yang aku sebut di atas TIDAK sama dengan Jabatan Laut.
Sebelum aku bagitau apa itu Jabatan Laut, elok aku cerita secara ringkas agensi/jabatan yang selalu dikaitkan dengan Jabatan laut.
Jabatan Perikanan
Bermula semasa British menubuhkan Unit Perikanan Kolonial pada tahun 1894 bagi mengawal aktiviti perikanan di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Selepas merdeka, Jabatan Perikanan dikenali sebagai Bahagian Perikanan Persekutuan Tanah Melayu dan diletak di bawah Kementerian Pertanian dan Syarikat Kerjasama.
Hari ini Jabatan Perikanan dikenali Jabatan Perikanan Malaysia dan berada di bawah Kementerian Pertanian & Industri dan Asas Tani Malaysia.
Jabatan perikanan berfungsi untuk mengurus dan membangunkan sektor perikanan negara.
Jadi, segala perkhidmatan berkaitan dengan aktiviti perikanan seperti lesen menangkap ikan, tangkapan laut, angkut ikan, eksport/import ikan dan peralatan tangkap ikan adalah di bawah seliaan jabatan ini.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
Terkenal dengan sebutan "Maritim". APMM diperkenalkan secara rasmi pada Oktober 2005 dan memulakan operasi pada bulan November 2005 .
Polis Marin
Polis Marin ditbuhkan pada tahun 1947 .Polis Marin macam polis biasa tetapi fungsinya mengekalkan keamanan dan keselamatan negara di kawasan seperti persisiran pantai,sungai dan laut.Polis Marin boleh menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah yang terlibat dalam pelbagai jenayah seperti penyeludupan dan kegiatan lanun.
Jabatan Taman Laut
Posmen selalu silap hantar surat Jabatan Taman Laut ke Jabatan Laut kat tempat aku keje.
Mungkin sebab nama dekat-dekat nak sama.
Jabatan Taman Laut asalnya ditubuhkan pada tahun 1983 dan dikenali dengan nama Taman Laut di bawah Kementerian Pertanian (Jabatan Perikanan) pada waktu itu.Secara amnya penubuhannya adalah untuk melindungi, memulihara dan mengurus secara berterusan ekosistem marin terutamanya terumbu karang serta flora fauna berkaitan yang memainkan peranan utama dalam kestabilan lautan secara keseluruhan.
Pada tahun 2004, Taman Laut telah dipindahkan daripada Jabatan Perikanan kepada satu pengurusan yang baru di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan dikenali dengan nama Seksyen Taman Laut. Kemudian pada tahun 2006, kerajaan telah meluluskan penubuhan jabatan ini dengan nama Jabatan Taman Laut Malaysia atau dengan singkatannya MPM.
Berkuatkuasa pada 16 Julai 2007, Seksyen Taman Laut dengan rasminya menjadi Jabatan Taman Laut Malaysia.
Fungsinya yang utama adalah untuk memulihara dan melindungi kepelbagaian biologi komuniti marin dan habitatnya, membaikpulih dan memulihara habitat semulajadi spesies akuatik yang terancam, mengwujudkan zon-zon pengurusan bagi pemuliharaan flora dan fauna akuatik, mengwujudkan zon-zon rekreasi yang dikenali dengan nama taman laut.
Jabatan Laut
Jabatan Laut Malaysia mempunyai sejarah yang panjang.Kalau kita belek buku sejarah, kita akan jumpa perkataan 'Syahbandar' dalam sejarah kerajaan-kerajaan melayu.Umumnya Jabatan Laut Malaysia dulu dikenali dengan nama "Syahbandar".Kemudian ditukar nama jadi Jabatan Semenanjung Malaysia dan kini dinamakan Jabatan Laut Malaysia yang merangkumi Sabah dan Sarawak.
Ianya ditubuhkan untuk mentadbir urusan perkapalan dan pelabuhan serta hal ehwal maritim di perairan Malaysia.
Aktiviti Utamanya adalah seperti berikut :
- Pendaftaran kapal dan perlesenan bot-bot;
- Kawalselia undang-undang perkapalan;
- Pemeriksaan keselamatan kapal;
- Pemeriksaan Kawalan Pelabuhan Bendera Negara & Kawalan Pelabuhan Negara;
- Kawalselia Kod Pengurusan Keselamatan Antarabangsa atau International Safety Management Code ( ISM );
- Verifikasi International Ship and Port Facility Security ( ISPS ) Code;
- Penyiasatan kemalangan kapal;
- Keselamatan Maritim dan pemeriksaan kapal;
- Latihan dan peperiksaan;
- Mencegah dan mengawal pencemaran marin;
- Pengurusan alat-alat bantuan pelayaran;(rumah api, boya, bikon)
- Melaksanakan dan memantau pelaksanaan konvensyen antarabangsa.
Itulah sebagahagian ringkas tentang agensi/jabatan yang berkaitan dengan laut dan perairan. Harap tak terkeliru la eh...so sape2 yang nak kerja ngan Jabatan Laut boleh mohon dengan SPA online.Jawatan yang masih ada kekosongan ialah PEMBANTU LAUT...okey, chaww...
