Saturday, February 27, 2010

Ahmad Shabri sudah kahwin






Maka tersebutlah pada hari jumaat, 26.02.2010 bertempat di Tumpat, Kelantan, Shabri telah selamat diijab kabul dengan Siti Asmah dengan sekali akad je.Otai le katakan..

Shabri yang memakai baju melayu putih berkilau-kilau dengan songkok hitam ala pendekar melayu terakhir itu sangat memusuhi kamera, tapi aku sempat snap 2- 3 keping gambar dia kahwin dengan henpon cikai aku.Aku ingat nak snap gambar isteri dia sekali tapi memandangkan henpon aku tak bleh zoom jauh, maka tak jadi le..Jadi aku ganti gambar isteri dia dengan gambar lain yang aku sempat snap iaitu gambar Madi tengah tido peluk bantal upin&ipin.

Maka Shabri kini telah jadi suami orang.Susah skit la pas ni nak ajok minum ujung-ujung minggu sebab mungkin dia akan balik Kelantan tiap kali ujung minggu.Lagi pulak kat umah mak mertua dia ada banyak pokok-pokok kayu(Pokok Buah-buahan), seronokle mun Beri duk situ makan buah.

Apapun, tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Shabri.Kenduri bile plok nih ? Jangan lupe jemput aku makan 'tau'..Hahaha..







Monday, February 22, 2010

Aku tak mahu keliru

Baru-baru nih saya berbahas (cheewah..macam ahli akademik plak) dan bercakap panjang dengan seorang sahabat saya tentang pinjaman peribadi (Personal Loan).Beliau tak puas hati pasal personal loan yang dia buat melalui skim islamik tu bayaran baliknya lebih tinggi daripada skim konvensional.Kalau berbeza pun katanya, tak banyak.

Saya nih jahil tukil jugok pasal benda nih tapi saya cuba jawab sebab nak defend islamik punya sistem.Jadi, perbahasan pun bermula...

Saya kata kat dia, kita kena bezakan diantara pinjaman dengan pembiayaan.Kebanyakan bank hari nih menawarkan skim pembiayaan secara islam.Skim pembiayaan biasanya dibuat dengan melibatkan jual beli.Berbeza dengan pinjam , pinjaman adalah pinjaman.Orang arab sebut 'Qard'.Pinjaman akan buat kita ada hutang (debt-Eng., Dayn-Arab) kerana kita pinjam.

Dari segi istilah , Saya tahu sahabat saya tu sebenarnya telah membuat pembiayaan peribadi secara islam dan bukannya pinjaman peribadi secara islam.

Bila kita buat pembiayaan secara islam, bermaksud kita akan terlibat dengan jual beli.Pembiayaan macam ni pun akan mengakibatkan kita berhutang., tapi hutang kita tu disebabkan kita beli dan bayar secara ansur-ansur.Tak kiralah secara pembiayaan menerusi Bai'inah ke atau Tawarruq ke..ikut skim yang bank tawar la.Bila ada konsep jual beli, maka tak peliklah kalau jumlah bayaran balik jadi mahal sebab standard la kalau 'peniaga' jual barang secara tangguh ambik untung.Lagi lama ansuran bulanan kita, lagi banyakla untung 'peniaga'.

Yang aku sedikit terkilan dalam perbankan hari ini ialah seolah-olah skim pembiayaan peribadi secara islam dan skim pinjaman peribadi konvensional seakan-akan sama.Cuba tanya orang ramai, aku gerenti mereka kata 'sama sahaja..'

Kita sebenarnya 'dikelirukan'.

Bank pada pendapat aku, adalah sebuah institusi yang cuba mengaut untung sebanyak mungkin melalui perkhidmatan yang ditawarkannya.Tak kira lah yang islamik ke atau yang konvensional.
Jadi, kita kena faham betul-betul produk-produk bank nih barulah kita buat jugdement.Pada aku la kan..bank hanya 'ambil kesempatan' atas istilah 'islamik' untuk jual produk dia...

Berbalik pada perbahasan dengan sahabat aku tadi, walaupun dia masih tak puas hati tapi aku puas hati dah sebab dia belanja aku makan...


Tuesday, February 16, 2010

M.A.D.I (Bahagian Akhir)







Biar gambar bercerita....

All pic belong to Madi himself.
Snapshot by Zul and friends.

Wednesday, February 10, 2010

M.A.D.I ( Bahagian II )




Masih lagi cerita tentang Madi.

Aku baru je balik dari tempat Madi jual air tebu.Masa aku sampai, dia tengah duk repair gerai dia yang kena langgar hari tu.Aku tolong la dia sebab aku tengok dia pegang tukul pun macam orang pegang pensel.Tak sampai sejam, gerainya siap dibaiki.

Kemudian kami pergi minum Radix panas kat gerai Mak Cik Yah.Berborak-borak pasal air tebu, politik, ekonomi, piring hitam band rock, kahwin dan awek...

Madi bagitau sepanjang jalan kat dia berniaga tu, lebih kurang jarak 10KM, terdapat 5 orang penjual air tebu termasuk dia.Maknanya purata setiap 2KM ada seorang penjual.Aku tanya dia sebab apa dia tutup awal sangat gerai sebab hari masih lagi panas, dia kata dalam perniagaan kita tak boleh tamak.Kena bagi-bagi jugak customer untuk gerai orang lain...

Malam sebelum tu aku ada tunjukkan dia beberapa keping piring hitam rock.Punyalah dia teruja.Madi nih kalau cerita bab rock ngan dia memang dia bersemangat.Koleksi kaset rock dia pun banyak jugak.Separuh dari koleksinya dia rembat dari bilik aku.Tapi aku tak kisah sebab dia jaga dengan baik.Dia simpan dalam almari besi, siap berkunci lagi.

Madi hisap rokok Surya.Jimat katanya.Dulu dia hisap Dunhill tapi bila kena batuk berdarah, terus berhenti merokok sekejap lebih kurang setahun.Lepas tu dia isap balik.Kali nih dia dia isap rokok Surya plak.Dia tak kedekut rokok.Aku kalau mintak, terus je dia bagi walau dia tinggal sebatang.Tapi kalau dia pau rokok aku, memang boleh tahan jugak lajunya.