Wednesday, March 31, 2010

Jabatan Laut ?.. Jabatan apa tu?


Itulah soalan yang selalu orang tanya pada aku bila aku bagitau aku keje di Jabatan Laut.
Ada yang menyamakan Jabatan Laut dengan Jabatan Perikanan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin dan Jabatan Taman Laut.

Semua agensi/jabatan yang aku sebut di atas TIDAK sama dengan Jabatan Laut.

Sebelum aku bagitau apa itu Jabatan Laut, elok aku cerita secara ringkas agensi/jabatan yang selalu dikaitkan dengan Jabatan laut.


Jabatan Perikanan

Bermula semasa British menubuhkan Unit Perikanan Kolonial pada tahun 1894 bagi mengawal aktiviti perikanan di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Selepas merdeka, Jabatan Perikanan dikenali sebagai Bahagian Perikanan Persekutuan Tanah Melayu dan diletak di bawah Kementerian Pertanian dan Syarikat Kerjasama.

Hari ini Jabatan Perikanan dikenali Jabatan Perikanan Malaysia dan berada di bawah Kementerian Pertanian & Industri dan Asas Tani Malaysia.

Jabatan perikanan berfungsi untuk mengurus dan membangunkan sektor perikanan negara.
Jadi, segala perkhidmatan berkaitan dengan aktiviti perikanan seperti lesen menangkap ikan, tangkapan laut, angkut ikan, eksport/import ikan dan peralatan tangkap ikan adalah di bawah seliaan jabatan ini.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

Terkenal dengan sebutan "Maritim". APMM diperkenalkan secara rasmi pada Oktober 2005 dan memulakan operasi pada bulan November 2005 .

Fungsinya adalah menguatkuasa undang-undang dan ketenteraman di bawah mana-mana undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia, mencari dan menyelamat maritim di Zon Maritim Malaysia dan di lautan lepas, menjalankan pengawasan udara dan pantai, mengawal dan mencegah pencemaran maritim di lautan lepas, mengecah kegiatan lanun dan mencegah kegiatan pengedaran dadah

Polis Marin

Polis Marin ditbuhkan pada tahun 1947 .Polis Marin macam polis biasa tetapi fungsinya mengekalkan keamanan dan keselamatan negara di kawasan seperti persisiran pantai,sungai dan laut.Polis Marin boleh menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah yang terlibat dalam pelbagai jenayah seperti penyeludupan dan kegiatan lanun.

Jabatan Taman Laut

Posmen selalu silap hantar surat Jabatan Taman Laut ke Jabatan Laut kat tempat aku keje.
Mungkin sebab nama dekat-dekat nak sama.

Jabatan Taman Laut asalnya ditubuhkan pada tahun 1983 dan dikenali dengan nama Taman Laut di bawah Kementerian Pertanian (Jabatan Perikanan) pada waktu itu.Secara amnya penubuhannya adalah untuk melindungi, memulihara dan mengurus secara berterusan ekosistem marin terutamanya terumbu karang serta flora fauna berkaitan yang memainkan peranan utama dalam kestabilan lautan secara keseluruhan.

Pada tahun 2004, Taman Laut telah dipindahkan daripada Jabatan Perikanan kepada satu pengurusan yang baru di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan dikenali dengan nama Seksyen Taman Laut. Kemudian pada tahun 2006, kerajaan telah meluluskan penubuhan jabatan ini dengan nama Jabatan Taman Laut Malaysia atau dengan singkatannya MPM.

Berkuatkuasa pada 16 Julai 2007, Seksyen Taman Laut dengan rasminya menjadi Jabatan Taman Laut Malaysia.

Fungsinya yang utama adalah untuk memulihara dan melindungi kepelbagaian biologi komuniti marin dan habitatnya, membaikpulih dan memulihara habitat semulajadi spesies akuatik yang terancam, mengwujudkan zon-zon pengurusan bagi pemuliharaan flora dan fauna akuatik, mengwujudkan zon-zon rekreasi yang dikenali dengan nama taman laut.


Jabatan Laut

Jabatan Laut Malaysia mempunyai sejarah yang panjang.Kalau kita belek buku sejarah, kita akan jumpa perkataan 'Syahbandar' dalam sejarah kerajaan-kerajaan melayu.Umumnya Jabatan Laut Malaysia dulu dikenali dengan nama "Syahbandar".Kemudian ditukar nama jadi Jabatan Semenanjung Malaysia dan kini dinamakan Jabatan Laut Malaysia yang merangkumi Sabah dan Sarawak.

Ianya ditubuhkan untuk mentadbir urusan perkapalan dan pelabuhan serta hal ehwal maritim di perairan Malaysia.

Aktiviti Utamanya adalah seperti berikut :
  1. Pendaftaran kapal dan perlesenan bot-bot;
  2. Kawalselia undang-undang perkapalan;
  3. Pemeriksaan keselamatan kapal;
  4. Pemeriksaan Kawalan Pelabuhan Bendera Negara & Kawalan Pelabuhan Negara;
  5. Kawalselia Kod Pengurusan Keselamatan Antarabangsa atau International Safety Management Code ( ISM );
  6. Verifikasi International Ship and Port Facility Security ( ISPS ) Code;
  7. Penyiasatan kemalangan kapal;
  8. Keselamatan Maritim dan pemeriksaan kapal;
  9. Latihan dan peperiksaan;
  10. Mencegah dan mengawal pencemaran marin;
  11. Pengurusan alat-alat bantuan pelayaran;(rumah api, boya, bikon)
  12. Melaksanakan dan memantau pelaksanaan konvensyen antarabangsa.

Secara mudah untuk difahami, Jabatan Laut berfungsi macam JPJ.Kalau JPJ berkuasa di atas jalanraya, maka Jabatan Laut berkuasa di laut.


Itulah sebagahagian ringkas tentang agensi/jabatan yang berkaitan dengan laut dan perairan. Harap tak terkeliru la eh...so sape2 yang nak kerja ngan Jabatan Laut boleh mohon dengan SPA online.Jawatan yang masih ada kekosongan ialah PEMBANTU LAUT...okey, chaww...

Tuesday, March 16, 2010

Kematian Rachel Corrie yang ngeri


Isnin , 15/03/2010 – Saat-saat terakhir kematian Rachel Corrie yang dilanggar dan dihimpit hingga hancur oleh jentolak berat Israel, aktivitis keamanan dari Amerika Syarikat, diceritakan oleh rakan beliau sebagai saksi di Mahkamah Israel pada hari Rabu.

Ibu bapa Rachel Corrie yang menyaman kerajaan Israel akibat pembunuhan anak mereka, hadir pada sidang mahkamah tersebut dan mendengar sendiri bagaimana anak mereka dibunuh dengan kejamnya dimana kerajaan Israel langsung tidak mengutuk pembunuhan tersebut.

Richard Purssell, aktivitis keamanan Britain daripada kumpulan International Solidarity Movement (ISM) menceritakan bagaimana beliau melihat Rachel dilanggar dan diheret sejauh 4 meter oleh jentolak Israel dengan kelajuan pejalan kaki yang berjalan cepat.

Richard memberitahu bagaimana Rachel terbenam ke dalam tanah semasa diheret semasa mereka sedang menghalang jentolak tersebut daripada merobohkan rumah orang Palestin disitu. Richard dan beberapa aktivitis lain semasa kejadian sedang membantu aktivitis lain dalam proses tersebut termasuk Rachel.

Semasa kejadian, Rachel berdiri di atas sekelompok tanah yang ditarah oleh jentolak itu lalu menghalang jentolak itu daripada memusnahkan rumah Dr. Samir Nasrallah seorang ahli farmasi. Walau pemandu jentolak tersebut tahu Rachel berada di situ namun tidak diendah dan terus mara ke depan dan seterusnya Rachel hilang dari pandangan.

Orang yang berada disekitar situ mula menjerit ke arah jentolak supaya berhenti tetapi kekejaman itu diulangi dengan jentolak itu berundur ke belakang sekali lagi menggilis tubuh Rachel yang tidak bermaya.

Selepas itu 3 akitivis ISM yang berada disitu terus memapah Rachel dan memegang kepala dan tengkuk Rachel yang masih bernafas dengan berhati-hati dan cuba memberikan bantuan awal sedaya mungkin untuk menyelamatkan Rachel tetapi akhirnya Rachel meninggal dunia akibat kecederaan tersebut.

Ditanya oleh peguam bela Israel kenapa Rachel bertindak demikian dengan berdiri di laluan jentolak tersebut Richard mengatakan beliau tidak tahu tetapi kemungkinan Rachel mahu menyelamatkan rumah Dr. Samir daripada dimusnahkan.

Ibu bapa Rachel, Craig dan Cindy, dari Washington, sedang mendakwa kerajaan Israel di dalam mahkamah atas kematian anak mereka. Israel mendakwa tenteranya tidak boleh dipersalahkan kerana pemandunya tidak nampak Rachel dan kenyataan Israel ini disangkal oleh para saksi yang menyaksikan sendiri kekejaman tersebut.

Selang beberapa minggu kejadian tersebut Tentera Israel menuduh mendiang Rachel serta rakan-rakannya dari ISM melakukan aktiviti yang tidak bertanggungjawab dan merbahaya. Pada tahun 2004 pembantu kepada Colin Powell Setiausaha Amerika, Lawrence Wilkerson melaporkan Israel gagal dalam menjalankan siasatan yang telus dan menyeluruh ke atas kematian Rachel seperti yang dijanjikan oleh Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel masa itu.

Peguam Corrie, Hussein Abu Hussein, memberitahu sebelum persidangan mahkamah bahawa tentera Israel telah menlanggar etika perundangan antarabangsa yang menghalang serangan ke atas orang awam.

Craig Corrie berkata mereka telah berjuang untuk keadilan Rachel selama 7 tahun dan ini adalah bukannya untuk menghukum Israel tetapi untuk mengubat luka mereka dan untuk memberitahu Rachel bahawa mereka bersama Rachel dan mahu Rachel berbangga dengan apa yang dilakukan untuk beliau.

sumber : Palestinekini.info

Monday, March 15, 2010

Perubahan atau kacau bilau ?

Baru-baru ini diumumkan keputusan SPM yang menunjukkan peningkatan.
Kalau tak silap aku, 6,277 pelajar memperoleh A dalam semua subjek.
Aku tak teruja sangat walaupun ada kawan bagitau bahawa ada pelajar OKU yang
juga mendapat result yang cemerlang.
Sebab aku tak teruja sangat ialah kerana pencapaian 'moral' budak-budak sekolah hari nih
sangat merosot.2 atau 3 hari sebelum result SPM keluar aku terbaca dalam Harian Metro
berita tentang seorang budak 12 tahun merompak dan membelasah seorang nenek.
Tu budak sekolah rendah lagi tu..yang sekolah menengah jangan cerita la..Macam-macam kes ada..rogol, mencuri motosikal, merempit, pergaduhan, pergaulan bebas dan sebagainya.
Bagi aku, akhlak dan moral lagi penting dari sijil SPM.

Bab paling panas di Malaysia terutamanya cerita dari kem PKR yang berdepan dengan
tindakan ahli-ahli Parlimennya yang keluar parti.PAS pula dihantui oleh badi 'Kerajaan Perpaduan dan isu J/Kuasa Disiplin .DAP plak diserang di Pulau Pinang dlm isu gerai melayu.
BN/UMNO tak ketinggalan direndam dalam suhu panas politik; MCA dengan kemelut kepimpinanannya, UMNO dengan isu royalti minyak Kelantan dan GST.

Ntah macamana akhiran politik Malaysia pun aku tak tahu..keke..

Semua ini perubahan atau kacau bilau ?