Monday, May 28, 2012
XPDC Gunung Gagau : Catatan perjalanan / Trails
Sebelum grup saya melakukan XPDC Gunung Gagau pada April 2012 yang lalu, payah nak jumpa maklumat tentang trek/laluan Gunung Gagau di internet.
Jadi, selepas balik dari XPDC tersebut saya cuba menatapkan maklumat tentang trek/laluan ke Gunung tersebut berdasarkan pengalaman saya di dalam XPDC yang lepas.Gambar di atas adalah 'roadmap' untuk mendaki gunung Gagau.
Bermula di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, pendaki menaiki bothouse, atau boleh juga menyewa speedbot untuk menuju ke Base Camp pertama iaitu Base Camp Sungai Cicir - Tempat mula-mula untuk trekking bagi mendaki Gunung Gagau.
Perjalanan dari Pengkalan Gawi menuju ke Base Camp Sungai Cicir menggunakan boathouse/rumah bot mengambil masa antara 4-5 jam.Jika menggunakan speedbot, 2 jam masa diperlukan untuk sampai.
Di Base Camp Sungai Cicir, ada tapak perkhemahan, pondok dan sumber air - tidak menjadi masalah untuk pendaki berkhemah.
Dari base camp ini, pendaki akan memulakan trekking ke Kem A. Kem A juga disebut sebagai Kem Sungai Pak Chau.Jarak dari Base Camp Sungai Cicir ke Kem ini ialah lebih kurang 6 KM.Laluannya berbukit-bukit - mendaki dan menuruni bukit yang pelbagai darjah ketinggian ( 1 pendakian di permulaan trekking menggunakan tali dan berakhir dengan menuruni bukit yang mencanak dengan menggunakan tali). TIADA SUMBER AIR DI TEMUI DI SEPANJANG LALUAN INI.Jadi adalah dinasihatkan agar pendaki mebawa bekalan air yang secukupnya sepanjang 6 KM ini.
Laluan ini juga dipenuhi dengan lorong-lorong yang bersimpang siur dan kesan tapak/najis gajah.
Di Kem A (Kem Sungai Pak Chau), terdapat sebatang sungai yang mengalir yang dipenuhi dengan ikan-ikan tengas,daun dan kelah.Pendaki juga boleh berkhemah di sini atau meneruskan perjalanan.
Dari Kem A menuju ke Kem B pula jaraknya lebih kurang 4 atau 5 KM.Laluan ini adalah laluan yang agak landai dan tidaklah bukit.Cabaran di sepanjang laluan ini ialah balak-balak yang terbalik yang menghalang trek.Balak-balak yang tumbang dan merintangi trek boleh menyebabkan pendaki 'keluar' dari trek dan berisiko untuk tersesat.Berhati-hati ketika mengambil lencongan dan sentiasalah mengikut arahan juru pandu.
Kem B juga disebut sebagai Kem Anak Sungai Cicir.Di Kem ini sebatang sungai mengalir dan menjadi sumber air untuk para pendaki.Pendaki juga boleh berkhemah di sini sebelum memulakan pendakian ke puncak gunung Gagau.Mengikut pengalaman saya, Kem ini bukanlah berada di kaki Gunung Gagau.Masih berbaki 2 Km lagi sebelum tiba di 'kaki' gunung tersebut.
Dari Kem B ini, kebanyakan pendaki memulakan pendakian ke puncak dengan hanya membawa sedikit bekalan makanan dan air.Laluan pendakian banyak juga yang mendaki dan menuruni bukit.Terdapat satu lagi kem sebenarnya yang berada di antara kem B dan puncak iaitu 'Kem Siam'. Kem Siam bolehlah dikatakan berada di pertengahan antara Kem B dan puncak gunung.Di kem Siam terdapat aliran anak sungai sebesar longkang, namun airnya boleh diminum walaupun ianya agak tidak jernih warnanya.Perjalanan dari Kem B menuju ke Kem Siam ini mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah.
Seterusnya pendaki meneruskan pendakian menuju puncak dan akan bertemu batu sempadan 3 negeri.Batu Sempadan ini terletak di luar trek ke puncak sebenarnya.Ia berada di laluan sebelah kanan sebelum tiba di puncak.
Secara anggarannya, perjalanan dari Kem B menuju ke puncak akan mengambil masa lebih kurang 3 jam.Di puncak gunung ini, talian telco MAXIS boleh diakses.Bolehlah membuat panggilan untuk orang tersayang dan memberitahu bahawa anda sedang di puncak setinggi 1476 meter.
Sekian,
Harap dapat memberi sedikit maklumat tentang Gunung Gagau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
utk khidmat, perlu hubungi siapa??
ReplyDeleteKhidmar jurupandu ke?
ReplyDeleteAda dua pilihan, samada mohon khidmat Unit Taman Negara atau dapatkan guide berlesen.
ade plan nk buat trip sne lg x? nk mnyelit. =D
ReplyDeleteade plan nk buat trip sne lg x? nk mnyelit. =D
ReplyDeleteTq for sharing
ReplyDeleteBoleh hubungi saya untuk khidmat guide
ReplyDeleteAng izham : whatapps 0145177369