Wednesday, October 7, 2009

2012 : Apa yang akan berlaku ?



Sebelum melanjutkan cerita, sayugia diingatkan bahawa apa jua bencana yang berlaku di atas muka bumi adalah ketentuan dari Allah SWT.

2012, mungkin Pilihanraya Umum di Malaysia akan berlaku dan mengikut ramalannya, Parti Pemerintah akan tumbang dan era baru pemerintahan rakyat akan berlaku.Tapi topik politik bukanlah tujuan sebenar post ini ditulis, tapi...

2012 juga, menurut kalendar kaum Maya, sebuah kaum di selatan Mexico yang pernah mencipta tamadun yang hebat ribuan tahun dahulu, akan berlaku kemusnahan besar ke atas planet bumi. Kalendar yang mereka cipta berdasarkan pengamatan astronomi yang mereka kuasai, pada 21.12.2021 nanti bumi akan mengalami kemusnahan besar, atau dengan kata-kata yang akan berlaku kiamat.

Ramalan kaum Maya ini sudah menjadi perbincangan hebat, bukan sahaja dikalangan orang-orang biasa, bahkan pakar astronomi dan fizik juga turut mengulas tentang peristiwa yang bakal berlaku pada tahun tersebut.Ini menjadikan ramalan kaum Maya tersebut menajdi popular.

Dalam buku ‘Apocalypse 2012’ (Lawrence E.Joseph: 2007), Ketua Dewan Direksi Aerospace Consulting Corporation di New Mexico memapaparkan dengan sangat jelas dan juga ilmiah tentang kemungkinan terjadinya bencana alam di tahun tersebut yang akan melenyapkan tamadun manusia di muka bumi. Bencana alam tersebut, antara lainnya ialah berlakunya aktiviti matahari yang memuncak yang akan menyebabkan perubahan cuaca luar biasa di muka bumi hingga akan menghasilkan taufan dan ribut yang dahsyat.

Tahun tersebut juga diramalkan bumi akan terganggu kerana sistem suria kita akan memasuki awan energi antara bintang yang akan merosakkan atmosfera dan menimbulkan bala bencana yang belum pernah dialami sebelum ini.

Bertambah sensasi, ramalan Kitab kuno dari Cina, I Ching, juga menyatakan akan terjadi bencana besar di tahun 2012. Berbetulan pulan dengan dateline modenisasi besar-besaran Pentagon pasca peristiwa 11 September 2001, iaitu juga pada tahun 2012. 'Modenisasi' tersebut yang terkandung dalam pelaksanaan Codex Alimentarius antara lain berupaya mengurangi populasi manusia di bumi dengan pengubahan genetik dan makanan transgenik, dan sebagainya.

Bertambah buruk, pada akhir tahun ini, sebuah filem Hollywood berjudul '2012' turut akan ditayangkan dan bakal menambahkan lagi cerita sensasi kiamat 2012. Perdebatan tentang kebenaran di sebalik ramalan kaum Maya itu akan kembali segar dengan munculnya filem tersebut.

Ramalan ini sebetulnya tidak punya apa-apa makna.Tetapi apabila pakar astronomi dan pakar geografi serta fizik turut memberikan pendapat dan ulasan berdasarkan kajian ilmiah mereka terhadap alam dalam bidang masing-masing, ramalan ini terus menjadi popular. Bagi kita orang Islam, tarikh bila berlakunya kiamat hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui.

(Post ini sepatutnya dimuatkan di dalam www.pintugalaksi.blogspot.com tetapi aku sengaja letak kat sini pasal isi dia tak berapa ilmiah sangat.keke...)

No comments:

Post a Comment