Barangkali inilah kemuncak paling serius kemarahan Tn. Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS terhadap idea 'kerajaan perpaduan' yang sebelum ini pernah ditentang oleh beliau.
Menurut beliau, beliau bosan dengan gelagat beberapa pemimpin yang membangkitkan isu kerajaan perpaduan dan juga kecewa dengan sikap beberapa pemimpin yang sering menimbulkan masalah dalam parti kerana membangkitkan isu kerajaan perpaduan sedangkan PAS sudah membuat keputusan muktamad tidak akan bekerjasama dengan Umno atas dasar politik.
Setakat yang saya perhatikan, selepas Nasharuddin Md Isa di'rotan' oleh Tok Guru sebelum ini, polemik 'kerajaan Perpaduan' dah senyap. Tak ada plak dengar dari mana-mana pemimpin-pemimpin PAS yang sebut lagi pasal nih kat mana-mana.Ceramah sempena ijtimak di Pekan Manir baru nih pun tak ada plak Tuan Guru Presiden sebut apa-apa berkaitan hal ni. Tak tahulah Tok Guru Nik Aziz dapat 'point' dari mana tentang timbulnya balik isu 'kerajaan perpaduan' nih. Mungkin beliau tengok dari dalam ada org cuba peridup balik benda nih sebab beliau org dalaman parti juga.Ditambah plak dengan apa berlaku di Selangor juga menyebabkan Tok Guru kecewa.
Tentang Dr Aziz Bari yang menegur PAS dan kepimpinannya, itu hak beliau untuk menegur.
Tak salah langsung untuk menegur.Kata beliau :
“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”
“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”
Betul ke Hasan Ali, Tuan Guru Presiden dan Nasharudin penyokong UMNO?
Tak tahule. Tak disebut plak bukti-bukti yang menyokong pernyataan beliau.
Apapun, polemik 'kerajaan perpaduan' akan kembali segar.
Apa itu 'Kerajaan Perpaduan' ?
Yang saya tahu, idea nih bukannya nak bergabung dengan UMNO.
Cuma apa yang saya bimbangkan ialah, takut-takut kalau perkara ini akan membawa perpecahan yang lebih parah, sama macam perpecahan umat Islam di zaman Khalifah Ali r.a sewaktu berdepan dengan fitnah pembunuhan Saidina Utsman Bin Affan r.a.Waktu itu umat Islam yang dipimpin oleh Muawiyah mengangkat senjata mennetang kerajaan pusat yang dipimpin oleh Khalifah Ali r.a..
Semoga dua Tok Guru, Presiden dan Mursyidul Am akan dapat menyelesaikan kekalutan ini dengan bijaksana dan KESABARAN...
No comments:
Post a Comment