Wednesday, March 31, 2010

Jabatan Laut ?.. Jabatan apa tu?


Itulah soalan yang selalu orang tanya pada aku bila aku bagitau aku keje di Jabatan Laut.
Ada yang menyamakan Jabatan Laut dengan Jabatan Perikanan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin dan Jabatan Taman Laut.

Semua agensi/jabatan yang aku sebut di atas TIDAK sama dengan Jabatan Laut.

Sebelum aku bagitau apa itu Jabatan Laut, elok aku cerita secara ringkas agensi/jabatan yang selalu dikaitkan dengan Jabatan laut.


Jabatan Perikanan

Bermula semasa British menubuhkan Unit Perikanan Kolonial pada tahun 1894 bagi mengawal aktiviti perikanan di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Selepas merdeka, Jabatan Perikanan dikenali sebagai Bahagian Perikanan Persekutuan Tanah Melayu dan diletak di bawah Kementerian Pertanian dan Syarikat Kerjasama.

Hari ini Jabatan Perikanan dikenali Jabatan Perikanan Malaysia dan berada di bawah Kementerian Pertanian & Industri dan Asas Tani Malaysia.

Jabatan perikanan berfungsi untuk mengurus dan membangunkan sektor perikanan negara.
Jadi, segala perkhidmatan berkaitan dengan aktiviti perikanan seperti lesen menangkap ikan, tangkapan laut, angkut ikan, eksport/import ikan dan peralatan tangkap ikan adalah di bawah seliaan jabatan ini.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

Terkenal dengan sebutan "Maritim". APMM diperkenalkan secara rasmi pada Oktober 2005 dan memulakan operasi pada bulan November 2005 .

Fungsinya adalah menguatkuasa undang-undang dan ketenteraman di bawah mana-mana undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia, mencari dan menyelamat maritim di Zon Maritim Malaysia dan di lautan lepas, menjalankan pengawasan udara dan pantai, mengawal dan mencegah pencemaran maritim di lautan lepas, mengecah kegiatan lanun dan mencegah kegiatan pengedaran dadah

Polis Marin

Polis Marin ditbuhkan pada tahun 1947 .Polis Marin macam polis biasa tetapi fungsinya mengekalkan keamanan dan keselamatan negara di kawasan seperti persisiran pantai,sungai dan laut.Polis Marin boleh menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah yang terlibat dalam pelbagai jenayah seperti penyeludupan dan kegiatan lanun.

Jabatan Taman Laut

Posmen selalu silap hantar surat Jabatan Taman Laut ke Jabatan Laut kat tempat aku keje.
Mungkin sebab nama dekat-dekat nak sama.

Jabatan Taman Laut asalnya ditubuhkan pada tahun 1983 dan dikenali dengan nama Taman Laut di bawah Kementerian Pertanian (Jabatan Perikanan) pada waktu itu.Secara amnya penubuhannya adalah untuk melindungi, memulihara dan mengurus secara berterusan ekosistem marin terutamanya terumbu karang serta flora fauna berkaitan yang memainkan peranan utama dalam kestabilan lautan secara keseluruhan.

Pada tahun 2004, Taman Laut telah dipindahkan daripada Jabatan Perikanan kepada satu pengurusan yang baru di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan dikenali dengan nama Seksyen Taman Laut. Kemudian pada tahun 2006, kerajaan telah meluluskan penubuhan jabatan ini dengan nama Jabatan Taman Laut Malaysia atau dengan singkatannya MPM.

Berkuatkuasa pada 16 Julai 2007, Seksyen Taman Laut dengan rasminya menjadi Jabatan Taman Laut Malaysia.

Fungsinya yang utama adalah untuk memulihara dan melindungi kepelbagaian biologi komuniti marin dan habitatnya, membaikpulih dan memulihara habitat semulajadi spesies akuatik yang terancam, mengwujudkan zon-zon pengurusan bagi pemuliharaan flora dan fauna akuatik, mengwujudkan zon-zon rekreasi yang dikenali dengan nama taman laut.


Jabatan Laut

Jabatan Laut Malaysia mempunyai sejarah yang panjang.Kalau kita belek buku sejarah, kita akan jumpa perkataan 'Syahbandar' dalam sejarah kerajaan-kerajaan melayu.Umumnya Jabatan Laut Malaysia dulu dikenali dengan nama "Syahbandar".Kemudian ditukar nama jadi Jabatan Semenanjung Malaysia dan kini dinamakan Jabatan Laut Malaysia yang merangkumi Sabah dan Sarawak.

Ianya ditubuhkan untuk mentadbir urusan perkapalan dan pelabuhan serta hal ehwal maritim di perairan Malaysia.

Aktiviti Utamanya adalah seperti berikut :
  1. Pendaftaran kapal dan perlesenan bot-bot;
  2. Kawalselia undang-undang perkapalan;
  3. Pemeriksaan keselamatan kapal;
  4. Pemeriksaan Kawalan Pelabuhan Bendera Negara & Kawalan Pelabuhan Negara;
  5. Kawalselia Kod Pengurusan Keselamatan Antarabangsa atau International Safety Management Code ( ISM );
  6. Verifikasi International Ship and Port Facility Security ( ISPS ) Code;
  7. Penyiasatan kemalangan kapal;
  8. Keselamatan Maritim dan pemeriksaan kapal;
  9. Latihan dan peperiksaan;
  10. Mencegah dan mengawal pencemaran marin;
  11. Pengurusan alat-alat bantuan pelayaran;(rumah api, boya, bikon)
  12. Melaksanakan dan memantau pelaksanaan konvensyen antarabangsa.

Secara mudah untuk difahami, Jabatan Laut berfungsi macam JPJ.Kalau JPJ berkuasa di atas jalanraya, maka Jabatan Laut berkuasa di laut.


Itulah sebagahagian ringkas tentang agensi/jabatan yang berkaitan dengan laut dan perairan. Harap tak terkeliru la eh...so sape2 yang nak kerja ngan Jabatan Laut boleh mohon dengan SPA online.Jawatan yang masih ada kekosongan ialah PEMBANTU LAUT...okey, chaww...

6 comments:

  1. thnks for u'r info. sangat membntu sy memahaminya. i have a question for u and i hope can get a answer from u.
    * i nk tau undang2 yg memberi kuasa kpd jabatan laut dan undang2 yang berkaitan dengan jabatan laut???

    ReplyDelete
  2. ANtara undang-undang yang memberi kuasa kepada Jabatan laut ialah;
    -Ordinan Perkapalan Saudagar 1952
    -Akta Rumah Api Persekutuan 1953

    Namun, ada juga juga undang-undang yang saling berkait dengan Jabatan Laut seperti;
    -Akta Petroleum 1984
    -Kaedah-Kaedah Pelabuhan (ikut negeri)

    dan juga beberapa konvesyen yang perlu dipatui seperti;
    -Convention on the International Maritime Organization, 1948
    -nternational Convention for the Safety of Life at Sea (SOLAS) 1974
    -International Convention on Standards of Training, Certification and Watchkeeping for Seafarers (STCW) 1978 dan lain-lain lagi...

    ReplyDelete
  3. maaf... sy pelajar dari tigkatan 6 yg perlu mengkaji sesebuah organisasi ,,dan tlh memilih jabatan laut egeri sarawak.. oleh itu..sy ingin megetahui sedilit sebanyak ttg reka bentuk organisasi,, proses organisasi, konsep pengorganisasian dan gaya kepimpinan yg d amalkan oleh pemimpin tertinggi di jabatan laut negeri sarawak.. di harapkan maklum balas pihak encik dapat memudahkan peyelidikan saya.. sekian ..terima kasih

    ReplyDelete
  4. mcm mane nk mohon masuk?sy berminat nk keje kt jbtan laut...ape kelayakan yg diperlukan?

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Deskripsi Tugas:
      Aspek Kewangan dan Personel
      Melaksanakan pengutipan hasil-hasil negeri dan persekutuan;
      Melaksanakan pengumpulan data-data kutipan hasil kerajaan;
      Melaksanakan pembelian aset dan perolehan pejabat;
      Bertanggungjawab dalam mengurus aset dan stor; dan
      Melaksanakan pengurusan kepatuhan dokumen-dokumen ISO jabatan.
      Aspek Industri (Perkapalan)
      Melaksanakan pengurusan dokumen pendaftaran kapal dan bot;
      Menyediakan dokumen dalam pengurusan dan penyelarasan siasatan untuk tujuan pendakwaan kes-kes marin;
      Menyediakan dokumentasi kes-kes saman dan kompaun; dan
      Menyediakan rekod, perangkaan dan laporan pendaftaran kapal dan bot berlesen.
      Aspek Keselamatan Pelayaran
      Membantu dalam pengurusan peralatan bantuan pelayaran beroperasi mengikut garis panduan International Association Of Marine Aids To Navigation And Lighthouse Authority (IALA);
      Membantu dalam urusan yang berkaitan dengan melawan dan mengawal pencemaran marin;
      Membantu dalam aktiviti penerimaan bangkai kapal dan salvaj; dan
      Membantu mengumpul maklumat untuk penerbitan buku air pasang surut.
      Aspek Hal-Ehwal Pelaut dan Pelabuhan
      Membantu dalam melaksanakan urusan dokumentasi pelaut;
      Bertanggungjawab dalam mengendalikan operasi bot;
      Bertanggungjawab dalam senggaraan dan inventori aset dan jeti jabatan;
      Melaksana urusan pentadbiran pejabat pelabuhan; dan
      Menyediakan perangkaan bot dan urusan pejabat pelabuhan secara berkala.

      Delete