Tuesday, January 26, 2010

M.A.D.I


Pic - Madi (Kanan sekali)


Nama glamernya Madi.Kalau search kat yahoo atau google search engine, taip 'madideth' maka akan keluarlah macam-macam 'aktiviti' beliau di alam internet.Pernah skali profile dia kat site multiply.com dibanned oleh admin website tersebut kerana beliau post gambar-gambar ngeri.Begitu jugak akaun email yahoonya yang turut menerima nasib yang sama.

Inilah Madi.

Secara jujurnya, Madi adalah seorang yang kelakar.Tahap kelakarnya mencapai status Mahaguru. Lawaknya bukan dibuat-buat, tapi adalah semulajadi, rutin hidupnya.Sekarang ni rambut dia dah panjang semula.Dulu sempat berambut pendek sebab kena kerja kat sebuah company di Kemaman.Sejak berenti dari company tu, dia simpan rambut panjang semula.

Skarang nih dia kerja sendiri.Dia jual air tebu.Dia pernah cuba cipta rasa baru air tebu dengan bubuh ais krim, campur dengan buah tembikai, bubuh perahan limau tapi semua tak menjadi.

Dia meminati muzik metal.Dari heavy metal sampailah ke brutal death metal.Cannibal Corpse pun dia bleh layan dengan baik sampai tertido.Dulu dia ada sehelai t-shirt Manowar. Aku puas pujuk suruh dia jual kat aku t shirt tu tapi haram dia takmo jual. Tahun lepas aku tanya dia pasal t-shirt tu, Madi kata mak dia wat kain buruk untuk lap dapur gas.

Dia masih lagi bujang.Dia selalu kutuk aku sebab aku dah kahwin.Motto hidup dia '"rock sejati beb...".

Kalau pergi rumah dia, kebetulan plak mak dia ada, seronok dengar mak dia membebel pasal Madi ni..(Bangun lambat, balik lewat, rambut panjang, duit tarak, kerja malas..etc..). Seronok dengar pasal mak dia pun klakor macam dia jugak.Ayah dia plak Pengerusi JKKK.Madi ngan ayah dia muka dekat-dekat nak sama.Ideologi politik Madi ngan ayah dia berbeza.Madi minat PAS.Selalu la dia ajak aku pegi dengar ceramah Ustaz Akil suatu masa dulu.

Madi nih ramai orang kenal dia.Dia pun ramai kenalan.Mana-mana tempat kalau aku pergi dengan dia, ada je orang sapa/tegur dia.Orang suka berkawan dengan dia sebab dia nih mudah dan memudahkan, kelakor dan muka tak malu(positif).Aku satu je selalu hangin dengan Madi ni..time kita janji dengan dia nak pergi mana2, selalu dia datang lambat atau kadang-kadang tak datang terus sebab dia lupa.

Madi nih agak penakut.Dulu masa cerita Mak Lampir tengah top, dia berani tengok tapi tak berani nak balik rumah sorang-sorang tengah malam lepas tengok.Aku le yang jadi mangsa kena gi hantar dia balik rumah.

Banyak lagi kalau aku nak tulis pasal Madi nih tapi aku lenguh plak nak taip.Kesimpulannya, Madi nih memang boleh jadi sahabat kalau kita buat dia kawan, dia boleh jadi kawan kalau kita wat dia sebagai musuh, dia boleh jadi tempat wat hilang tension kalau kita sembang ngan dia, dan yang terlebih penting, dia boleh buat kita ada ramai kawan..







Tuesday, January 19, 2010

Tahun jadi orang miskin ?


Al kisah belumpun matahari 2010 terbit,di negeri hamba harga gula udahpun naik.
Akan tetapi orang-orang kampung tiada marah, kerna surat khabar siar kalimah Allah.
Adapun hamba pula mendapat anak, isteri bersalin di hospital yang banyak lif rosak.
Bayangkan 5 lif yang ada yang patut dipakai, 3 darinya rosak tersadai.
Makapun tiada pelik akan ceritera lif hospital, lagi hairan kisah enjin jet siapa yang bedal.

Akan hamba terdengar khabar-khabar kosong, bulan jun ini COLA akan dipotong.
Entahkan benar entahkan bohong, yang pasti minyak kereta hamba hampir nak kosong.

Loan bank hamba dah start potong, awal bulan poket dah hampir kosong.
Nasiblah isteri ada menolong, kalau tak..mampuslah hamba terpekik terlolong.
Harga roti keping naik hamba tak sedar, saman JPJ sekeping lagi hamba tak bayar.
Itu belum dikira harga pampers harga susu, mengadulah hamba akan Allah yang Maha Kaya Yang Maha Tahu..

Wednesday, January 13, 2010

Aku dah jadi ayah


Alhamdulillah, pada 10.01.10 pukul 2.35 pagi isteri aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.89kg.Esok pagi aku akan pergi mendaftar kelahirannya di Jabatan Pendaftaran Negara setelah persetujuan aku dengan isteri aku dicapai untuk menamakan bayi kami dengan nama Amirul Syahid.Anak sulung nih..moga2 betul-betul menjadi salah seorang syuhada..Amin.

Sebenarnya aku nak kongsi panduan kepada bakal-bakal ibu atau ayah yang akan menimang cahaya mata (khususnya yang akan melahirkan anak sulung) tentang apa yang terjadi sebelum, semasa dan selepas kelahiran.

Ramai yang dah tahu tapi mungkin pengalaman yang aku kongsikan disini akan memberti manfaat.
Sebelum kelahiran
Barang-barang untuk baby dan ibu dah kena standby dalam kereta. Barang-barang baby yang patut kena ada ialah kain lampin, pampers, tisu basah, baju dan kain tuala. Cukup dah tu. Tak perlu bawak banyak, macam kain lampin 2 helai cukupla.Tisu basah dan pampers 5 keping pun dah ok.Baju sepasang dah cukup.Bagi yang keje kerajaan, minta surat GL atau Surat Pengesahan Untuk Mendapatkan Rawatan dari pejabat masing-masing.Surat nih valid 3 bulan dari tarikh surat.

Setelah ada tanda2 nak beranak, macam air ketuban telah keluar, bawak terus ke hospital.Biasanya kalau air ketuban dah keluar, kita ada masa lagi, dia tak beranak terus. Sempat lagi nak gi spital.

Sebelum pegi hospital, jangan lupa bawa buku kesihatan ibu.Buku nih penting.Apa2 tindakan yang akan diambil oleh doktor, dia akan rujuk buku nih. Jangan sesekali terlupa bawak buku nih.
Bila dah sampai hospital terus bawa isteri ke wad bersalin.Mula2 daftar, beri buku nih pada nurse bertugas. Nurse akan check dulu si ibu, ayah kena duk luar, tak bleh masuk.Lepas check, kalau jalan baru terbuka kurang dari 5cm, ibu akan dimasukkan ke dalam 'wad sebelum bersalin'. Nurse akan bagi sekeping surat untuk ayah gi daftar si ibu masuk wad.Lepas daftar kat kaunter pendaftaran masuk wad, ibu akan dimasukkan ke wad sebelum bersalin.

Bagi yang keje kerajaan, masa mendaftarkan ibu masuk wad, beri terus surat GL kat kaunter pendaftaran. Taknak bagi dulu pun takpe tapi ibu kena duduk wad biasa la, wad 3.Ayah tak bleh masuk kat wad nih jika bukan waktu melawat.

Selepas itu, bermulalah babak menunggu yang panjang..Ibu selepas ini akan dimasukkan ke dalam Dewan Bersalin atau orang selalu sebut Labour Room jika jalan dah terbuka 5cm ke atas.Ada juga kes ibu duduk di Wad Sebelum Bersalin berhari-hari lamanya. Jenuhlah menunggu.Yang penting si ayah boleh berdoa dan bacalah apa2pun yang berkaitan memohon pertolongan Allah S.W.T.

Kemudian, jika jalan dah banyak terbuka, 5cm atau 6cm, si ibu akan dibawa masuk ke Dewan Bersalin atau Labour Room.Si ayah akan dapat tengok ibu dibawa atas katil atau dengan kerusi roda atau kadang2 berjalan kaki.Kalau yang dibawa masuk atas katil tu, tak lama dah tu nak beranak.

Ayah tak boleh masuk lagi masa nih. Tunggu hingga nurse akan panggil dengan suara lembut, 'Suami kepada XXXXX(nama isteri), sila ke kaunter dewan bersalin".Waktu nih suami boleh masuk dan akan ditanya samada nak bersama isteri waktu melahirkan anak atau tidak. kalau nak, dia akan bagi baju khas utk dipakai dan mengiringi si suami ke tempat isteri.
Semasa proses kelahiran
Bagi yang lemah semangat atau mabuk darah, aku cadang takyahlah masuk. Psiko jugak duk kat Labour Room nih.Boleh dengar macam2 jeritan.

Dalam Dewan bersalin atau Labour Room nih, ada beberapa room disediakan utk si ibu bersalin.Sebelah menyebelah.Boleh dengar dengan jelas orang sebelah menjerit.

Nurse atau doktor akan periksa si ibu setiap masa waktu nih, bila si ibu mengadu rasa macam nak berak atau perut memulas, nurse atau doktor akan datang kerumun dan akan bermulalah acara melahirkan anak.Si ibu akan disuruh meneran.Ibu kena kuat masa nih, si suami kena pandai main peranan beri semangat kat ibu, jangan duk tengok jer...masa nih ibu tengah bertarung antara hidup dan mati..Fuhh...aku rasa sebak masa nih tengok ibu nak bersalin.. Tuhan saja yang tahu betapa..isk..insaf..

Proses meneran nih memerlukan banyak tenaga..Kepala bayi akan keluar dulu kalau kelahiran normal.Bila kepala bayi dah keluar, mudahlah bahagian yang lain-lain keluar..last sekali uri keluar..kira selesai la tu proses kelahiran..

Selepas Kelahiran
Selepas jer bayi keluar, nurse akan periksa bayi tersebut.Pemeriksaan nih dipanggil 'ujian apgor'.Mula-mula dia akan masukkan wayar atau tiub ke dalam lubang hidung dan mulut bayi untuk melawaskan saluran pernafasan.Kalau bayi yang sihat, selepas dia keluarkan wayar/tiub nih, bayi akan menangis.Kemudian berat, ukur lilit kepala, panjang bayi, warna kulit akan diperiksa.Kalau tak ada masalah, bayi akan di bersihkan dan terus diberi pada si suami untuk diazan dan diiqamatkan.Kaki bayi akan ditagkan dengan nama ibu.Selesai.Selamat la tu.Suami akan disuruh tunggu kat luar plak. Si ibu selepas ini akan dimasukkan ke Wad Selepas bersalin.

Kalau bayi ada problem, selalunya masalah pernafasan, bayi akan dimasukkan ke dalam tabung khas.Si suami akan dimaklumkan tentang masalah apa.Kalau tak dimaklumkan, suami boleh tanya apa masalah.Nurse atau doktor akan bagitau apa problemnya.Kemudian, suami boleh azan dan iqamatkan bayinya waktu nih dan nurse akan tagkan tanda nama ibu kat kaki bayi lepas zuami azan di depan si suami.Kemudian Si suami akan dusuruh tunggu kat luar.

Tak lama lepas itu, bagi bayi yang bermasalah, bayi nih akan dibawa ke wad khas(Kalau di Spital K.Trg di tingkat 6).Si suami akan disuruh mengiringi bayi ke wad ini.Di wad nih bayi akan diperiksa sekali lagi dan si suami akan diberitahu condition bayi macamana.Biasanya bayi akan ditahan disini untuk beberapa hari.Ada yang 1 hari, ada yang 2 atau 3 atau 4 atau lebih pun ada.Bergantung kepada masalah bayi.Wad nih hanya dibenarkan masuk ibu atau ayah bayi jer masuk.Orang lain tak bleh masuk.Dalam wad nih, ramai bayi yang baru lahir ditempatkan.Biasanya yang ada masalah.Selalunya kalau bayi dah berak atau kencing, bayi akan dibenarkan pulang.

Semasa bayi ditahan di wad ni, nurse akan minta pampers dan tisu basah daripada ayah.Hospital tak sediakan dua benda nih.Kita yang kena bagi.

Selepas bersalin
Selesai di wad ini, si ayah kena plak gi kat Dewan Bersalin tadi untuk tunggu isteri dibawa keluar.Bila dah keluar, isteri akan ditempatkan di wad selepas bersalin.Kat wad nih ibu akan ditahan selama sehari paling cepat.Kalau ibu takde masalah, esok dah boleh balik.

Bagi bayi yang takda masalah, bayi tadi akan ditempatkan kat si ibu dalam wad nih.Ibu bulehlah menyusukan bayi.Sebaik-baik menyusu ialah sejam selapas kelahiran.Ini boleh mengelakkan bayi diserang sakit kuning.

Bila semua dah ok, bolehlah isteri dan bayi balik ke rumah..Hospital akan bagi segala dokumen untuk mendaftarkan bayi kita.Tapi nak bawak keluar bayi akan melalui pengesahan yang agak ketat.Dari wad tempat anak ditempatkan hinggalah di depan pintu tempat jaga bertugas, semua akan diperiksa.

Itulah lebih kurang cerita nak dapat anak..moga2 dapat manfaat.

Wednesday, January 6, 2010

Kan dah kena ketuk...

Tahun 2010 di negara kita bermula dengan suhu yang agak 'panas' bila Mahkamah pada 30 Disember 2009 memutuskan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri yang melarang penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar the Herald adalah keputusan yang tidak sah , terbatal dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Start hari tu, dari kedai kopi hinggalah ke televisyen, orang duk cakap tentang penggunaan kalimah "Allah" bagi orang bukan Islam.Ada yang marah-marah.Ada yang setuju, ada yang tak setuju.Buat demo..Macam-macam la.

Biasala bila orang kita marah..

Sekejap tadi baru je aku terbaca tulisan kawan aku kat blognya tentang kalimah Allah. Kat blog lain pun ada jugok orang tulis.Pendek kata ramai la yang bincang-bincang pasal kalimah Allah nih.

Tapi, aku nak tanya satu benda, adakah perbahasan tentang penggunaan kalimah Allah, Tuhan atau God yang samada kita kutip dari Quran, atau Bible, atau sejarah, adakah mahkamah akan dapat menerimanya sebagai bukti atau keterangan?

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia.

Kes ini berlaku apabila Menteri Dalam Negeri melarang penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar the Herald dengan kuasa yang ada padanya melalui Akta Penerbitan & Mesin Cetak. Pihak Herald tak puas hati lalu memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap larangan Menteri Dalam Negeri ini.

Bila perbicaraan berlaku, Datuk Lau Bee Lan yang menghakimi kes tersebut membuat keputusan yang aku sebutkan di perenggan pertama.

Ini hal Perlembagaan.

Kita kena tanya diri kita adakah Perlembagaan Persekutuan yang kita terima hari nih bertepatan dengan Aqidah Islam yang kita anuti.Adakah Islam betul-betul terpelihara dengan segala peruntukan yang ada dalam perlembagaan ini?

Tuesday, January 5, 2010

Wacken Open Air Festival


Sukar sungguh nak padam kecintaan kepada muzik di dalam jiwa,Ibarat mencurah air gula ke atas peria, pahit juga rasanya.Dari Rock sampai ke Heavy Metal hingga ke Black metal,Kaset, CD, VCD, DVD, Zine semuanya ada disimpan hatta sanggup beli jaket leather.

Dua tiga hari baru ni saya ada beli sekeping DVD Wacken Live Open Air Festival Tahun 2003.Jumpa kat Maiden Mall plak tuh.Terus je sambar dengan harga RM21.00.Puah hati.

Lama betul tak dengar muzik keras.

Wacken Open Air Festival nih sejarahnya bermula pada tahun 1990 di Jerman.Hari ini, festival nih boleh dianggap festival muzik metal terbesar di dunia.Ia menghimpunkan hampir kesemua jenis genre metal di dunia dari rock sampailah ke black metal.

Saingan terdekat Wacken Open Air festival ialah Dynamo Open Air Festival yang setiap tahun berlangsung di Belanda.

Dalam kedua-dua festival nih, berpuluh-puluh buah kumpulan muzik akan buat persembahan secara live.Start dari pagi sampaila ke malam.Kadang-kadang festival nih berlangsung sampai 4 hari.

Peminat-peminat metal dari seluruh dunia akan hadir berkumpul, berkhemah dan menghayun kepala untuk banging bersama-sama band-band kesukaan masing-masing.

Aku tak pernah sampai pun kat Wacken, Jerman.

Untuk tahun 2010, Wacken Open air Festival dengan temanya "Faster, Harder, Louder" akan berlangsung pada bulan Ogos nanti (5 - 7 Ogos 2010).

Antara band yang sudah confirm untuk beraksi ialah
Amorphis, Arch Enemy, Alice Cooper, Cannibal Corpse, Grave Digger, Iron Maiden, Immortal, Slayer, tiamat, W.A.S.P, Primal Fear, Stratovarius, Orphaned Land, U.D.O dan beberapa band lagi yang aku tak kenal.

Tak kira tua atau muda, lelaki atau pompuan, Wacken Open Air adalah tempat peminat metal berkumpul untuk 'mabuk' metal dari siang sampai ke malam.

Yang pastinya aku memang tak pergi.Tunggu DVD keluar je lah.Tu pun kalau ada jual. DVD yang tahun 2003 nih pun baru tahun nih aku dapat, kalau yang tahun 2010, tak tau le bila boleh beli..

Apapun....Hail bro!